Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
wwdc 2022

Apple WWDC 2022 Dari 6 Hingga 10 Jun, iOS 16 Antara Tumpuan

Diterbitkan Mei 27, 2022 · Dikemas kini Mei 27, 2022 oleh Nadiah Ab

Acara ‘Worldwide Developers Conference’ (WWDC) 2022 oleh Apple akan berlangsung secara rasmi pada 6 hingga 10 Jun.

WWDC 2020 and WWDC 2021 dulu kedua-duanya diadakan secara digital disebabkan pandemik, oleh itu, WWDC 2022 kali ini juga secara digital atas sebab yang sama.

Acara ini akan menjadi acara percuma untuk semua pembangun di seluruh dunia.

Apple akan mendedahkan kemas kini terbaharu mereka melalui video baharu yang akan dikeluarkan setiap hari, mulai 7 Jun.

Pembangun-pembangun yang hadir juga boleh melibatkan diri dengan jurutera Apple melalui sesi kejuruteraan, sesi makmal, dan Forum Pembangun Apple.

Apple juga merancang untuk mengadakan acara bersemuka untuk beberapa pembangun dan pelajar, menjemput mereka menonton rakaman ucapan WWDC di kampus Apple Park di Cupertino, California.

Ini akan menjadi acara jemputan sahaja dan pembangun serta pelajar akan dapat memohon.

WWDC 2022 boleh ditonton di web atau dalam aplikasi ‘Apple Developer’ untuk iPhone, iPad, Mac dan Apple TV.

Sumber: Apple

Baca juga:

  • Apple Naikkan Gaji, RM97/Jam Untuk Pujuk Pekerja
  • Seorang Lagi Pengurus Atasan Tinggalkan Projek ‘Apple Car’
  • Kereta Apple Mungkin Tiada Tingkap

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY