Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ios 16 paparan

Gurman: iOS 16 Akan Ada Ciri Paparan Kekal, ‘Widget’ Pada ‘Wallpaper’

Diterbitkan Mei 30, 2022 oleh Nadiah Ab

Setelah dikhabarkan iPhone 14 akan direka dengan ciri paparan kekal, wartawan terkenal, Mark Gurman, melaporkan satu ciri baru pada iOS 16 nanti membenarkan paparan iPhone kekal walaupun dikunci.

Gurman berkata versi iPhone bagi mod paparan kekal boleh berfungsi sama seperti yang ada pada Apple Watch Siri 5 dan ke atas.

Ciri baru iOS 16 ini juga mungkin termasuk dengan iPhone 14 Pro dan Pro Max yang akan menurunkan kadar bingkai lock screen dengan mod paparan kekal didayakan, membenarkan tenaga dijimatkan semasa paparan kekal dihidupkan.

Walau bagaimanapun, masih tiada kepastian tentang sama ada iPhone baharu nanti akan menggunakan paparan polycrstalline oxide (LTPO) yang sama dengan model Watch baharu.

Skrin LTPO ini berfungsi dalam membolehkan mod paparan kekal beroperasi dengan betul, kerana ia dibina untuk memastikan peranti tidak menggunakan terlalu banyak tenaga.

Gurman menjangkakan iOS 16 akan datang dengan fungsi yang serupa, termasuk wallpaper dengan keupayaan seperti widget.

Apple bersedia untuk mengumumkan beberapa perubahan lain pada Worldwide Developers Conference (WWDC) pada 6 Jun ini.

Selaras dengan ramalan sebelum ini, Gurman percaya bahawa Apple boleh memperkenalkan ciri tetingkap dan multitasking yang dipertingkatkan pada iPad.

Sumber: MacRumors

Baca juga:

  • iPhone 14 Pro Barangkali Hadir Dengan Ciri Paparan Kekal Selepas Apple Watch
  • Apple WWDC 2022 Dari 6 Hingga 10 Jun, iOS 16 Antara Tumpuan
  • Seorang Lagi Pengurus Atasan Tinggalkan Projek ‘Apple Car’

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY