Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ios 16 captcha

Lancar BuIan Depan, Ini Senarai Peranti Yang Dijangka Terima iOS 16 Dan iPadOS 16

Diterbitkan Mei 13, 2022 · Dikemas kini Mei 13, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Acara Apple WWDC akan dilangsungkan pada 6 Jun 2022 ini dan ia pastinya akan menjadi tumpuan pengguna teknologi seluruh dunia.

Seperti acara WWDC tahun-tahun sebelum ini, antara perkara yang akan diperkenalkan generasi terbaru iOS iaitu iOS 16.

Walaupun masih belum dilancarkan namun mengikut trend sebelum ini, beberapa pihak sudah mula mengagak peranti manakan akan ditinggalkan dan yang mana akan menerima kemas kini terbaru kelak

Di bawah ialah senarai peranti yang dijangka akan menerima iOS 16 dan iPadOS 16.

iPhone

  • iPhone 7 Plus
  • iPhone 8
  • iPhone 8 Plus
  • iPhone X
  • iPhone XR
  • iPhone XS
  • iPhone XS Max
  • iPhone 11
  • iPhone 11 Pro
  • iPhone 11 Pro Max
  • iPhone SE (2020)
  • iPhone 12
  • iPhone 12 mini
  • iPhone 12 Pro
  • iPhone 12 Pro Max
  • iPhone 13
  • iPhone 13 mini
  • iPhone 13 Pro
  • iPhone 13 Pro Max
  • iPhone SE (2022)

iPad

  • iPad Air (generasi ke-3)
  • iPad Air (generasi ke-4)
  • iPad Air (generasi ke-5)
  • iPad (generasi ke-7)
  • iPad (generasi ke-8)
  • iPad (generasi ke-9)
  • iPad mini (generasi ke-5)
  • iPad mini (generasi ke-5)
  • iPad Pro (generasi pertama)
  • iPad Pro (generasi ke-2)
  • iPad Pro (generasi ke-3)
  • iPad Pro (generasi ke-4)
  • iPad Pro (generasi ke-5)

Pada iOS 13, Apple membuang semua peranti dengan RAM bawah 2GB daripada menerimanya. Jadi, jika iOS 16 mengambil langkah sama dengan meletakkan syarat RAM sekurang-kurangnya 3GB, maka senarai di atas akan menjadi kenyataan.

Dengan itu, antara peranti yang akan ditinggalkan di iOS 15 dan iPadOS 15 ialah iPhone 6S, iPhone 6S Plus, iPhone SE, iPhone 7, iPad Air 2, iPad (generasi ke-4 dan ke-5), iPad mini (generasi ke-4).

Apa-apa pun, ini hanya jangkaan. Apple terdahulu pernah mengejutkan banyak pihak apabila masih memberikan iPhone 6s sistem operasi iOS 15 walaupun ia telah memasuki tahun ke-6. Ia menjadi peranti paling usang menerima versi terbaharu iOS.

Maka, ada kemungkinan masih ada peranti lama seperti iPhone 7 yang menerima iOS 16. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan acara tersebut tidak lama lagi.

Sumber: Macrumors

Baca juga:

  • iOS 16 Ada Beberapa Kemas Kini Baru Tapi Kekal Dengan Rekaan Sama
  • Ini 10 Telefon Android Terbaik Setakat April 2022 Menurut AnTuTu
  • Apple Mungkin Akan Mengalah, Barangkali USB-C Akan Hadir Pada iPhone 2023

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY