Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Anker Panggil Semula 3 Model Bank Kuasa Ini Ekoran Risiko Terbakar

Anker Panggil Semula 3 Model Bank Kuasa Ini Ekoran Risiko Terbakar

Diterbitkan September 22, 2024 ยท Dikemas kini September 23, 2024 oleh ariff bukhari

Jika anda telah membeli atau memiliki bank kuasa Anker dari Januari hingga September 2024, anda patut menyemak model bank kuasa itu dalam talian untuk melihat sama ada ia adalah model yang terlibat dalam program pemanggilan semula yang diumumkan Anker baru-baru ini.

Anker berkata, mereka telah mendapati bahawa beberapa bateri litium-ion yang digunakan dalam bank kuasa Anker mungkin menimbulkan risiko kebakaran akibat kecacatan pembuatan.

Bateri litium-ion dalam powerbank yang terjejas itu boleh menjadi terlalu panas, berpotensi menyebabkan pencairan komponen plastik, asap dan bahaya kebakaran.

Produk yang terjejas itu melibatkan sebilangan kecil bateri (kumpulan yang digunakan dalam produk dari 3 Januari 2024 hingga 17 September 2024).

Anda boleh mengesahkan model Anker Power Bank anda dengan melihat bahagian bawahnya dan sahkan model.

Program penarikan balik termasuk model berikut:

  • Anker 334 MagGo Battery (PowerCore 10K), Model: A1642.
  • Anker Power Bank (20,000mAh, 22.5W, Built-In USB-C Cable), Model: A1647.
  • Anker MagGo Power Bank (10,000mAh, 7.5W, Stand), Model: A1652.
anker A1652
anker A1642
anker A1647

Jadi, jika anda kini memiliki mana-mana Bateri Anker 334 MagGo (PowerCore 10K)/Anker Power Bank/Anker MagGo Power Bank yang dinyatakan itu, anda mestilah segera berhenti menggunakan produk tersebut.

Jangan pula buang bank kuasa itu ke dalam tong sampah atau tong kitar semula. Sila buang peranti anda di kemudahan yang menerima bateri litium.

Program memanggil semula bank kuasa Anker ini melibatkan seluruh dunia termasuklah Malaysia.

Untuk info lebih lanjut tentang progam panggil semula ini, layari laman rasmi Anker | Charge Fast, Live More atau hubungi laman Facebook Anker Innovations MY.

Berkaitan

  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas
  • Dapat iPhone 16 Kedua Dengan Hanya RM1, Ini Caranya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY