Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Robot Anjing Akan Bantu Polis Kawal Acara Piala Dunia 2026

Robot Anjing Akan Bantu Polis Kawal Acara Piala Dunia 2026

Diterbitkan Februari 10, 2026 · Dikemas kini Februari 11, 2026 oleh ariff bukhari

Sekumpulan robot anjing akan membantu polis Mexico menangani jenayah semasa Piala Dunia 2026 musim panas ini, menurut pihak berkuasa pada Isnin.

Robot berkaki empat itu direka untuk memasuki kawasan berbahaya dan menyiarkan video secara langsung kepada pasukan keselamatan, membolehkan anggota polis menilai situasi sebelum mengambil tindakan sepanjang kejohanan bola sepak tersebut.

Acara sukan global itu akan berlangsung dari 11 Jun hingga 19 Julai dan dianjurkan bersama oleh Mexico, Amerika Syarikat dan Kanada.

Robot berbentuk haiwan itu dibeli pada harga 2.5 juta peso (AS$145,000) oleh majlis bandaraya Guadalupe, sebahagian daripada kawasan metropolitan Monterrey, yang bakal menjadi tuan rumah salah satu venue Piala Dunia.

Satu video yang dikeluarkan kerajaan tempatan menunjukkan robot tersebut berjalan merentasi bangunan terbiar dan menaiki tangga, walaupun kelihatan agak sukar. Robot itu juga dilihat menghantar imej secara langsung kepada sekumpulan anggota polis yang bergerak secara senyap di belakangnya.

Dalam demonstrasi berkenaan, robot anjing itu berdepan seorang lelaki bersenjata dan mengarahkannya meletakkan senjata melalui pembesar suara.

Datuk Bandar Guadalupe, Hector Garcia, berkata tujuan penggunaan robot itu adalah untuk menyokong campur tangan awal polis serta melindungi keselamatan fizikal anggota. Ia akan digunakan sekiranya berlaku sebarang insiden.

Stadium BBVA, yang akan dikenali sebagai Estadio Monterrey semasa kejohanan, bakal menganjurkan empat perlawanan. – AFP.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Ferrari Perkenal 'Luce', EV Berprestasi Direka Dengan Kerjasama Jony Ive
  • Chatbot AI Didapati Beri Nasihat Kesihatan Tidak Tepat

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Liputan ULTRA5G U Mobile Kini Menjangkau Kira-Kira 2.3 Juta Penduduk Di Sabah
  • Ini 10 Telefon Pintar Android Paling Berkuasa Dalam Ranking AnTuTu Setakat Oktober 2026
  • LUMOS Lancar 4 Model Tablet Mampu Milik, Harga Bermula RM399
  • Ledakan AI Ubah Kuasa Rundingan Pembekal Cip, Apple Kini Berdepan Kos Lebih Tinggi
  • Ladang Angin Seluas Singapura Kini Salur Elektrik Ke Vietnam
  • Google Perkenal Ikon Baharu Untuk Messages, Phone Dan Contacts
  • Lebih 1.3 Juta Set-Top Box Dijangkiti Malware, Google Sekat Salah Satu Pengeluar Peranti Android
  • Serangan Siber Ganggu Sistem Penyejukan Pasar Raya Di Sembilan Negara Eropah
©2026 WISER.MY