Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Anda Selalu Guna Gmail? 20 Extension Ini Mungkin Berguna Untuk Anda (1/2)

Anda Selalu Guna Gmail? 20 Extension Ini Mungkin Berguna Untuk Anda (2/2)

Diterbitkan Februari 20, 2018 · Dikemas kini Februari 20, 2018 oleh Helmi Samsuri

Artikel ini merupakan sambungan kepada bahagian 1 – Anda Selalu Guna Gmail? 20 Extension Ini Mungkin Berguna Untuk Anda (1/2)

11. Inbox When Ready for Gmail

Mahukan Gmail anda kelihatan kemas apabila dibuka? Inbox When Ready mungkin boleh membantu. Inbox hanya akan dipaparkan apabila anda menekan butang Show Inbox.

12. Just Not Sorry

Anda Selalu Guna Gmail? 20 Extension Ini Mungkin Berguna Untuk Anda (1/2)

Tabiat sering menggunakan perkataan seperti Just, i am no expert ataupun sorry mungkin boleh memberi gambaran buruk terhadap kredibiliti anda. Extension ini akan menggariskan perkataan-perkataan sedemikian supaya anda dapat menyemak semula email sebelum dihantar. Hanya anda seoranga sahaja yang melihat garisan itu.

13. Boomerang

Anda boleh menjadualkan penghantaran email dan bukan setakat itu, ia juga boleh memberi peringatan kepada si penerima jika mereka terlupa respon email anda.

14. KeyRocket

unnamed (2)

Gmail tersedia dengan pintasan papan kekunci atau keyboard shortcut. Tetapi tidak semua daripada kita sempat untuk mengingatinya. Dengan adany KeyRocket, ia akan memberi cadangan pintasan dan anda boleh belajara pintasan baru dengan lebih cepat.

15. PixelBlock

Anda Selalu Guna Gmail? 20 Extension Ini Mungkin Berguna Untuk Anda (1/2)

Sesetengah email disertakan dengan penjejak untuk mengetahui sama ada anda sudah membuka atau membaca email tersebut. Tidak mahu perkara itu berlaku? PixelBlock boleh menghalang percubaan menjejak itu.

16. Simple Gmail Notes

Anda Selalu Guna Gmail? 20 Extension Ini Mungkin Berguna Untuk Anda (1/2)

Letak nota ringkas pada email untuk rujukan anda sendiri. Semua nota tersimpan didalam Google Drive yang bersambung dengan Gmail anda.

17. Rename Email

Terkadang anda menerima email dengan subjek yang mengelirukan. Ubah semula subjek tersebut supaya lebih mudah untuk mencari dilain masa.

18. Strikethrough Etc.

Anda Selalu Guna Gmail? 20 Extension Ini Mungkin Berguna Untuk Anda (1/2)

Nak buat buat perkataan bergaris seperti ini? Gunakan extension Strikethrough Etc.

19. WiseStamp

Anda Selalu Guna Gmail? 20 Extension Ini Mungkin Berguna Untuk Anda (1/2)

Letak tandatangan diakhir email dengan penuh bergaya.

20. Mailtrack

https://wiser.my/wp-content/uploads/2018/02/animation_new.mp4

Mahu tahu sama ada email anda sudah dibaca atau belum? Ciri seakan double tick WhatsApp.

Sumber: PC Mag

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY