Kini memasuki usia 14 tahun, penggunaan Gmail boleh dikatakan sangat meluas, ditambah pula dengan kehadiran pelayar web Chrome.
Walaupun boleh digunakan pada pelayar web yang lain, terdapat sedikit kelebihan sekiranya Gmail dijalankan diatas platform Google Chrome melalui penawaran extension yang pelbagai. Berikut merupakan 25 extension yang mungkin sesuai digunakan anda.
1. Batch Reply for Gmail
Balas email sekaligus dalam jumlah yang banyak.
2. Checker Plus for Gmail
https://www.youtube.com/watch?time_continue=17&v=GI4dh7GWoxg
Sesuai digunakan untuk anda yang mempunyai lebih dari satu akaun Gmail. Mudah untuk uruskan akaun yang banyak. Ubah tetapan notifikasi, bunyi dan warna mengikut keselesaan.
3. Actions for Gmail
Action button seperti Archive, Delete, Read/Unread, atau Spam berada bersebelahan email.
4. Auto Text Expander
Tetapan singkatan kepada ayat yang selalu anda gunakan.
5. Digify
https://www.youtube.com/watch?time_continue=77&v=Od4OZTyS4w0
Jejak lampiran, batalkan lampiran yang sudah dihantar serta mempunyai ciri "self destruct" supaya lampiran email boleh dilihat dalam tempoh masa yang tertentu.
6. Dittach
https://www.youtube.com/watch?time_continue=12&v=txXq-0mxs1E
Terlampau banyak menerima lampiran? Dittach mungkin boleh bantu mempercepatkan proses pencarian.
7. Dropbox for Gmail
Integrasi antara Dropbox dan Gmail memudahkan penghantaran fail yang disimpan dalam storan awan tersebut.
8. Gmelius
https://www.youtube.com/watch?v=WdQKa-K-ywY
Menguruskan email, template dan anda boleh menjadualkan penghantara email.
9. Flowcrypt
Cara mudah sulitkan email menggunakan penyulitan PGP? Flowcrypt adalah jawapannya. Hanya penerima yang mempunyai PGP key sahaja yang boleh membuka email serta lampiran yang dihantar.
10. Gmail Offline
Baca, respon, dan cari email walaupun dalam tanpa sambungan internet. Anda cuma tidak akan menerima serta tidak boleh menghantar email baru sahaja, kecuali disambungkan ke internet.
- Baca bahagian 2 disini - Anda Selalu Guna Gmail? 20 Extension Ini Mungkin Berguna Untuk Anda (2/2)
Sumber: PC Mag
Berkaitan
- Google Lancar "Youtube Go"
- Pradaftar Forza Street Sudah Dibuka Pada Google Play Store Dan Samsung Galaxy Store
- Mod Potret Google Ditawarkan Kepada Lebih Banyak Telefon Pintar Android
- Google Chrome Akan Mula Sekat Iklan Yang Membawa Kita Ke Halaman Lain
- Google Play Store Turut Sama Dikenakan Cukai Digital 6%
- Peranti Utama Redmi Dengan Snapdragon 855 Mungkin Dikenali Sebagai Redmi K20 Pro
- Cara Untuk Membersihkan Entri Autofill Yang Tidak Diingini Di Google Chrome
- Vivo Superday Sale Vivo V15 Diadakan 23 Mac Ini Di Pusat Beli Belah One Utama
- Pengasas Apple, Steve Wozniak Saman Google Dan YouTube
- Google Maps Dan Google Search Akan Terima Mod Incognito Untuk Sembunyikan Navigasi Dan Carian Data