Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Pixel 3 XL Terima Penarafan A+ Tertinggi Dari DisplayMate, Ambil Alih Kedudukan iPhone XS Max

“Anda Boleh Mendaratkan Pesawat Diatasnya” – Samsung Usik Google Mengenai Rekaan Takuk Pixel 3XL

Diterbitkan Oktober 12, 2018 · Dikemas kini Oktober 12, 2018 oleh Haikel Areff

Baru sahaja sebentar tadi kami kirimkan satu artikel mengenai jawapan Google berkaitan kecaman terhadap rekaan takuk yang ada pada Pixel 3 XL. Rupa-rupanya, mereka bukan sahaja dikecam oleh pengguna, malah “sahabat” mereka, Samsung turut mengusik manja mereka di laman Twitter.

You could land a plane on it.

— Samsung Mobile US (@SamsungMobileUS) October 9, 2018

Membalas kiriman video mengenai Pixel 3 oleh pihak @madebygoogle, @SamsungMobileUS membalas dengan mengatakan bahawa sebuah pesawat boleh mendarat padanya. Walaupun maksud sebenar kicauan itu tidak jelas, ramai pihak berpendapat bahawa ia ditujukan pada rekaan takuk Pixel 3 XL.

Time to botch the notch.

— Samsung Mobile US (@SamsungMobileUS) October 10, 2018

Malah, menguatkan lagi dakwaan tersebut ialah satu lagi kicauan balas oleh Samsung dalam bebenang yang sama. Kicauan balas itu berbunyi “Masa untuk elakkan takuk”.

Tindakan ini dilihat sebagai satu tindakan berani oleh pihak Samsung memandangkan mereka juga menggunakan sistem operasi Android yang dibangunkan oleh Google. Mungkinkah ada tindakbalas dari Google dalam masa terdekat? Sama-sama kita nantikan.

 

Sumber : @SamsungMobileUS

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY