Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TP Link

Amerika Syarikat Cadang Larang Penjualan Penghala TP-Link Atas Risiko Keselamatan Nasional

Diterbitkan November 3, 2025 oleh Amsyar Latif

Lebih separuh agensi persekutuan di Amerika Syarikat dilapor menyokong cadangan untuk melarang penjualan penghala TP-Link di negara itu, selepas penilaian risiko mendapati syarikat tersebut mempunyai hubungan rapat dengan China yang dikhuatiri menjejaskan keselamatan nasional.

Menurut laporan The Washington Post, cadangan itu dikemukakan oleh Jabatan Perdagangan AS dan turut disokong oleh agensi lain termasuk Jabatan Pertahanan, Kehakiman dan Keselamatan Dalam Negeri.

TP-Link Systems, yang berpangkalan di California, merupakan entiti yang dipisahkan daripada TP-Link Technologies di China namun masih memiliki aset dan operasi di negara tersebut.

Jika dilaksanakan, larangan ini bakal menjadi antara yang terbesar dalam sejarah produk pengguna Amerika, memandangkan TP-Link menguasai lebih 36% pasaran penghala domestik.

Ia juga menandakan ketegangan berterusan antara Washington dan Beijing dalam isu keselamatan siber serta pengaruh teknologi asing.

Pihak TP-Link menafikan sebarang kaitan dengan kerajaan China, menegaskan bahawa syarikat mereka “komited menyediakan produk yang selamat dan berkualiti untuk pasaran AS.”

Walau bagaimanapun, pegawai AS bimbang syarikat itu masih tertakluk kepada undang-undang China yang mewajibkan kerjasama dengan agensi risikan negara.

Cadangan larangan itu kini masih dalam semakan Jabatan Perdagangan. Jika diteruskan, ia boleh memberi kesan besar kepada pasaran rangkaian rumah di AS serta hubungan dagangan dengan China, sekali gus mengulangi ketegangan serupa seperti kes larangan TikTok dan Huawei sebelum ini.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Senarai Pelan Prabayar Dengan Sokongan eSIM
  • Roblox Jamin Tingkat Keselamatan Melalui AI, Pemantauan Manusia - Hannah

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6 Inci Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
©2026 WISER.MY