Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AMD RADEON RTX 9050

AMD Perkenalkan Radeon™ RX 9050, GPU Bajet Berharga ~RM1,140

Diterbitkan Julai 29, 2026 · Dikemas kini Julai 29, 2026 oleh ariff bukhari

AMD hari ini secara rasminya memperkenalkan kad grafik terbaharu AMD Radeon™ RX 9050 yang direka khas untuk memenuhi impian  gamer pasaran 1080p.

Bersaiz kompak, kad grafik ini menggunakan kuasa papan (board power) serendah 92W dan hanya memerlukan bekalan kuasa (PSU) 450W.

Namun, ia dibekalkan dengan 16 Compute Units, kelajuan Boost sehingga 2,600 MHz, serta memori 8GB GDDR6 yang sedia memproses barisan permainan popular tanpa sebarang masalah.

AMD RADEON RTX 9050 1
RX 9050 mampu menyampaikan kadar bingkai dengan lancar untuk permainan popular seperti Call of Duty: Black Ops 7 mencecah 116 FPS, Cyberpunk 2077 pada 96 FPS, manakala Valorant (dalam tetapan tertinggi) sehingga 593 FPS.

Selain itu, kad ini juga disumbat dengan teknologi terkini seperti sokongan enkod AV1, AMD FSR™ “Redstone”, dan Fluid Motion Frames untuk visual yang lebih jelas dan lancar.

Bagi anda yang mahu membina PC gaming bajet tanpa perlu mengorbankan prestasi visual, AMD Radeon™ RX 9050 ditawar pada harga USD279 (~RM1,140) yang akan tersedia di pasaran dalam bulan September akan datang.

Berkaitan

  • Ini Sebab Mengapa OPPO Reno16 Pro Peranti Terbaik Untuk Kaki Vlog
  • Tips Memilih GPU Laptop Gaming Terbaik, Dari RTX 5050 Hingga RTX 5090
  • LG Malaysia Lancar Barisan TV Baharu, Harga Dari RM2,049

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
  • OpenAI Akan Satukan Had Penggunaan ChatGPT Dan Codex Mulai Disember
  • Maklumat Pelanggan Mungkin Terjejas Susulan Insiden Siber Amadeus - Malaysia Airlines
  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
©2026 WISER.MY