Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AMD Lancar Pemproses Ryzen Untuk Laptop

AMD Lancar Pemproses Ryzen Untuk Laptop

Diterbitkan Oktober 27, 2017 · Dikemas kini Disember 3, 2017 oleh Helmi Samsuri

Pada Julai yang lalu, AMD telahpun menawarkan pemproses Ryzen bagi dua segmen iaitu kelas atasan dan juga kelas permulaan bagi pasaran dekstop. Terbaru, syarikat berkenaan mengumumkan pula  pemproses Ryzen versi laptop; Ryzen 5 2500U dan Ryzen 7 2700U, dibina untuk rekaan laptop yang nipis.

Secara teknikalnya ia adalah sebuah APU atau “Accelarated Processing Unit” yang bermaksud cip itu dintegrasikan antara CPU dan GPU dalam satu cip pemprosesan. Kedua-dua pemproses yang dilancarkan itu digandingkan dengan GPU Radeon Vega.

Mempunyai kelajuan asas 2.0GHz, Ryzen 5 2500U boleh dipertingkatkan sehingga 3.6Ghz manakala Ryzen 2700U didatangkan dengan kelajuan asas 2.2Ghz yang mampu mencapai sehingga 3.8 Ghz.

Menerusi keluaran terbaru ini, AMD menjaminkan 200% lebih prestasi berbanding generasi sebelumnya dan 128% lebih prestasi bagi keupayaan grafik. Syarikat turut menyatakan cip ini akan dipasang pada laptop keluaran Acer, HP, Lenovo tidak lama lagi.

AMD Lancar Pemproses Ryzen Untuk Laptop

Sumber: AnandTech

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY