Kerjasama ini memperlihatkan Xiaomi dan LPPM bersama-sama menghasilkan rakaman fotografi di beberapa tempat menarik di Malaysia menggunakan Mi Note 10. Rakaman daripada telefon pintar berkenaan akan disumbangkan sebagai video promosi untuk kempen Visit Malaysia 2020 (VM2020).
Ia juga bertujuan mempromosikan pelancongan Malaysia melalui Mi Note 10, iaitu telefon pintar pertama di dunia dengan kamera 108 MP penta.
[embed]https://www.youtube.com/watch?v=w2qcA37UEqM[/embed]
Kerjasama ini diumumkan pada majlis yang berlangsung antara Xiaomi Malaysia dan LPPM yang dirasmikan oleh Ketua Pengarah LPPM, Datuk Musa Yusuf. Majlis tersebut dihadiri oleh beberapa wakil dari Xiaomi Malaysia termasuk Allen An, Pengurus Xiaomi Malaysia dan Singapura. Acara ini menyaksikan Memorandum Kerjasama Bersama (MoJC), ditandatangani oleh Xiaomi dan LPPM.

Menurut Datuk Musa, Mi Note 10 adalah peranti yang terbaik untuk memaparkan keindahan tersembunyi Malaysia di mata dunia. Bagi kempen VM2020, LPPM mahu menunjukkan sesuatu yang terbaik Malaysia mampu tawarkan, sama ada warisan, kebudayaan yang pelbagai atau tempat-tempat menarik dalam negara. Justeru itu, kerjasama bersama Xiaomi mampu membantu LPPM mencapainya.
Bersempena dengan kerjasama ini, Xiaomi akan melancarkan pertandingan fotografi dalam talian, dengan tema #ExploreMalaysiaWithMINOTE10, di laman Facebook rasminya. Pengguna boleh mengambil bahagian dengan merakam gambar pemandangan di Malaysia dengan menggunakan Mi Note 10.
Peserta dikehendaki mengambil gambar dan hantar secara dalam talian di Facebook atau Instagram dengan hashtag #ExploreMalaysiaWithMiNote10. Pemenang akan dipilih berdasarkan gambar yang paling kreatif dan akan berpeluang untuk memenangi hadiah menarik dari LPPM termasuk tiket ke tempat-tempat dan resort yang menarik di Malaysia.
Mi Note 10 dilancarkan secara rasmi pada 4 Disember 2019 di Malaysia dan boleh didapati secara dalam talian melalui Lazada, Shopee dan di semua rangkaian Mi Store seluruh Malaysia.
Berkaitan
- Angkatan Tentera Malaysia Tubuhkan Bahagian Siber Dan Elektromagnetik Pertahanan
- Siri Xiaomi 14 Dijangka Hadir Dengan Bateri Lebih Besar
- ASUS ROG Phone 3 Dilancarkan Di Malaysia, Harga Bermula RM2,999
- Garmin Lancar Forerunner 245 Music Edisi Jepun Di Malaysia Berharga RM1799
- Kelajuan Muat Turun 5G Di Malaysia Adalah 16.8 Kali Lebih Pantas Daripada 4G - Opensignal
- Teslasuit Glove Bakal Diperkenalkan di CES2020
- Samsung Galaxy A04s Rasmi Di Malaysia - Kamera 50MP, Harga Bawah RM700
- Xiaomi Beri Pilihan Pembelian Mi 11 Tanpa Atau Bersama Pengecas 55W GaN Dengan Harga Sama
- Terima Pengesahan SIRIM, iQOO Z7 Dan Z7x Bakal Masuk Malaysia
- YouTube Gaming Kini Mempunyai 40 Juta Saluran Aktif Dengan Lebih 100 Bilion Jam Tontonan Pada 2020