Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Amazfit T-Rex 3 Gym

Amazfit T-Rex 3 – Skrin AMOLED 1.5″, 170+ Mod Senaman, Berharga RM1,099

Diterbitkan September 10, 2024 oleh Rushsyafizal

Zepp Health telah pun melancarkan Amazfit T-Rex 3, sebuah jam tangan pintar yang direka khusus untuk pengembaraan lasak. Dengan ketahanan gred tentera, navigasi GPS yang tepat, dan hayat bateri sehingga 27 hari, jam tangan ini menjadi pilihan ideal untuk penjelajah moden.

Amazfit T-Rex 3 Running

Peranti ini dilengkapi skrin AMOLED 1.5 inci dengan kecerahan 2,000 nits. Jam tangan pintar ini juga menggunakan perlindungan kaca gorila untuk skrinnya. Ciri-ciri seperti GPS dwi-jalur dan privasi data yang diperbaiki memberi pengguna kawalan sepenuhnya ke atas maklumat peribadi mereka.

Dari segi prestasi sukan, Amazfit T-Rex 3 menyokong lebih 170 mod senaman, termasuk mod baharu seperti Hyrox Racing dan Latihan Ketahanan. Integrasi AI melalui Zepp OS 4.0 memastikan jam tangan ini bukan sahaja pintar, tetapi juga interaktif dengan keupayaan pertuturan kepada teks.

Amazfit T-Rex 3 Muhammad Haris

Amazfit T-Rex 3 dijual pada tanda harga RM1,099 di Shoppe dan DirectD Gadget Mega Store, Petaling Jaya, lengkap dengan hadiah percuma.

Beli di:

Shoppe – https://invl.io/clloccc

Lazada – https://invol.co/clloccq

Sumber : Siaran Media Zepp Health

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • iPhone 16 Dan iPhone 16 Plus Rasmi - Cip A18, Butang Action, 'Camera Control'
  • Apple Watch Series 10, Rekaan Lebih Nipis Dan Skrin Lebih Besar
  • iPhone 16 Pro Hadir Dalam Saiz Lebih Besar, 6.3 Inci Dan 6.9 Inci, Dikuasakan A18 Pro
  • Prapesan Mulai 13 September, Ini Senarai Penuh Harga Siri iPhone 16
  • AirPods 4 Hadir Dalam Dua Varian, Harga Bermula RM599

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY