Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
alipay+ cermin mata pintar

Alipay+ Jadi Yang Pertama Di Dunia Buat Pembayaran QR Guna Cermin Mata Pintar

Diterbitkan Jun 19, 2025 · Dikemas kini Jun 19, 2025 oleh Amsyar Latif

Alipay+ dan Meizu berjaya melakukan transaksi menggunakan cermin mata pintar pertama di dunia, di Hong Kong. Teknologi ini membolehkan pengguna bayar hanya dengan imbas QR atau guna arahan suara, terus dari cermin mata tanpa perlu sentuh telefon.

Cermin mata pintar Meizu StarV Snap dilengkapi sistem AI Alipay+ yang menyokong pengecaman suara, pengesahan identiti guna suara, dan kawalan melalui niat pengguna. Fungsi ini dijangka dilancarkan kepada e-wallet global yang menggunakan Alipay+ pada tahun 2025.

alipay+ cermin mata pintar

Teknologi ini menggunakan paparan waveguide optik, kamera imbasan kod, dan pembatalan bunyi suara. Semuanya disatukan untuk pengalaman bayaran mudah alih generasi baharu.

Alipay+ kini menyokong lebih 1.7 bilion akaun pengguna di 70+ pasaran dan sedang memperluaskan ciri AI seperti bayaran kendiri berasaskan arahan (MCP) melalui platform GenAI Cockpit mereka.

Menurut Meizu dan Ant International, inovasi ini bukan sekadar gaya futuristik, tapi langkah ke hadapan untuk menjadikan cermin mata pintar sebagai peranti harian, seperti mana telefon pintar hari ini.

Berkaitan

  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • GXBank Hadkan Pengecualian Caj ATM, Tumpu Ganjaran Bayaran QR Mulai Mei Ini
  • Imbas Kod QR, Rugi Ribuan Ringgit — Ini Bagaimana 'Scam' QR Berlaku

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
©2026 WISER.MY