Alibaba Akan Jual Kereta Menggunakan Mesin Layan Diri

Nama Alibaba cukup sinonim sekali dalam pasaran e-Dagang di tanah besar China dan tidak lama lagi, syarikat gergasi berkenaan bakal membawakan teknologi penjualan kereta yang hanya melibatkan si pembeli dan aplikasi telefon pintar sahaja.

Imbas kembali pada bulan Ogos yang lalu, Alibaba ada mengutarakan perancangan mereka untuk mewujudkan "mesin layan" diri yang besar, cukup besar untuk menjual kereta.

Ia berfungsi dengan cara bakal pembeli terlihat kereta yang mereka minati di tepi jalan, ambil gambar kenderaan tersebut menggunakan aplikasi Taobao. Selepas memasukkan beberapa maklumat asas, pembeli ambil pula gambar selfie mereka dan tetapkan tarikh untuk pandu uji kereta itu.

Ketika berada dikedai mesin layan diri, ia akan membuat pengecaman muka berdasarkan selfie yang diambil. Setelah disahkan, sistem akan mengenalpasti kereta yangdipilih dan membawanya kepada pembeli untuk dipandu uji selama 3 hari maksimum.

Selepas selesai pandu uji, bakal pembeli mempunyai dua pilihan, beli kereta berkenaan melalui aplikasi Taobao, atau pulang semula kereta dan pilih model lain untuk dipandu uji.

Terdapat had pandu uji bagi setiap bakal pembeli iaitu 5 kali pandu uji dalam tempoh dua bulan. Alibaba juga akan memeriksa kewangan bakal pembeli bagi mengelakkan masalah yang tidak diingini berlaku.

Difahamkan, Alibaba akan membuka dua kedai "mesin layan diri" gergasi pada Januari 2018 yang bertempat di Nanjing dan Shanghai.

https://www.youtube.com/watch?v=NvJFluC3A5s

Sumber: Slash Gear