Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pembaharuan Pasport Dalam Talian Sepenuhnya Di 3 Pejabat Imigresen Mulai Jun

Pembaharuan Pasport Dalam Talian Sepenuhnya Di 3 Pejabat Imigresen Mulai Jun

Diterbitkan Mei 19, 2023 · Dikemas kini Mei 19, 2023 oleh Amalina Athman

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail baru-baru ini memaklumkan urusan pembaharuan Pasport Malaysia Antarabangsa di tiga pejabat imigresen akan dijalankan secara dalam talian sepenuhnya, mulai 1 Jun 2023.

Berkaitan

  • Cara Untuk Perbaharui Pasport Secara Online
  • Singapura Perkenal Pelepasan Pemeriksaan Imigresen Tanpa Pasport Mulai 2024

Antaranya adalah pejabat imigresen di Kajang, Kelana Jaya dan Wangsa Maju. Dengan permohonan dalam talian sepenuhnya menerusi sistem MyOnline Passport, kategori pemohon yang berumur 13 hingga 59 tahun untuk urusan pembaharuan pasport tidak lagi diterima di kaunter atau secara walk-in di ketiga-tiga pejabat berkenaan.

Bagaimanapun, ketiga-tiga pejabat itu masih menerima permohonan di kaunter atau walk-in  bagi permohonan kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah, warga emas 60 tahun ke atas dan bakal jemaah haji yang menerima tawaran Tabung Haji.

Selain itu, pelajar berumur 21 tahun ke bawah yang menerima tawaran pengajian ke luar negara, Orang Kurang Upaya (OKU) dan ahli keluarga yang mengiringi pemohon kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah.

Saifuddin berkata, pejabat imigresen lain masih menerima perkhidmatan permohonan pembaharuan pasport seperti sediakala.

Sementara itu, Pengarah Imigresen Selangor Dr Muhammad Syahmi menyatakan urusan pembaharuan pasport secara dalam talian sepenuhnya dijangka dapat mempertingkat serta mengoptimumkan lagi perkhidmatan pengeluaran pasport.

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY