Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Instagram Akan Sekat Promosi Produk Vape Pada Platform Mereka

Akta 852 Akan Dilaksanakan Pada Ogos Ini, Cegah Peningkatan Kanser Paru-Paru Kerana Rokok Dan Vape

Diterbitkan Julai 2, 2024 · Dikemas kini Julai 2, 2024 oleh ariff bukhari

Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad telah mengesahkan bahawa kerajaan akan mula menguatkuasakan sepenuhnya Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) pada bulan Ogos 2024 akan datang.

Pelaksanaan akta itu adalah sebagai respon kepada peningkatan penggunaan e-rokok dalam kalangan belia sekali gus untuk mencegah peningkatan penyakit kanser paru-paru kerana rokok dan vape yang memberikan kesan advers kepada paru-paru.

https://x.com/DrDzul/status/1807638377728233632

Akta 852 yang telah diwartakan pada 2 Februari 2024 lalu adalah untuk memperketatkan kawalan terhadap semua jenis produk merokok, termasuk rokok elektronik atau vape serta larangan penjualan, pembelian, dan penggunaan produk merokok kepada orang belum dewasa yang berumur kurang 18 tahun.

Di Kongres Kanser Kebangsaan Malaysia (NCCM) 2024 yang berlangsung di Universiti Sunway baru-baru ini, Dr Dzulkefly berkata kanser paru-paru adalah kanser ketiga paling biasa di Malaysia di mana 95 peratus daripada kes telah didiagnosis pada peringkat akhir iaitu tahap tiga dan empat.

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • WhatsApp Bangunkan Ciri AI Untuk Janaan Imej Pengguna

Sumber: Bernama, KKM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia
  • Tiga Angkasawan Termasuk Seorang Dari Pakistan Berjaya Berlepas Ke Stesen Angkasa Tiangong
  • YTL AI Lab Lancar Cikgu ILMU, AI Percuma Bantu Ibu Bapa Bimbing Pembelajaran Anak
  • XPENG Perkenal WorldGPT, Model AI Fizikal Untuk Kereta, Robot Dan Dron
  • Kioxia Bangunkan Memori Flash Baharu, 135% Lebih Cekap Tenaga Ketika Membaca Data
  • Samsung Lancar Monitor Gaming Dengan Kadar Segar Semula 1,100Hz Pertama Di Dunia
  • Kerajaan Teliti Pindaan Undang-Undang Bagi Paparan Kad Pengenalan Secara Digital – Gobind
  • Huawei Bebas Tuduhan Jenayah Terancang Di AS, Bersalah Atas 10 Pertuduhan Lain
©2026 WISER.MY