Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AKPK DATA BREACH

AKPK Sahkan Data Peribadi Kira-Kira 20 Pelanggan Tertiris Di ‘Dark Web’

Diterbitkan April 26, 2023 oleh Amalina Athman

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) kini mengesahkan terdapat beberapa data pengguna yang terjejas dan didedahkan di web gelap dalam insiden pencerobohan data yang berlaku bulan lalu.

Berkaitan

  • Google Kelak Bolehkan Pengguna Padam Akaun, Data Aplikasi Android Dengan Mudah
  • Ini 30 Syarikat Yang Paling Banyak Mengumpul Data Wajah, Suara Dan Persekitaran Anda
  • Penggodam Curi 10 TB Data Western Digital, Tuntut Bayaran '8 Angka'

Menurut AKPK, walaupun siasatan masih diteruskan, pihaknya mengesahkan data peribadi kira-kira 20 pelanggan termasuk nama dan nombor kad pengenalan telah didedahkan. Langkah sewajarnya juga telah diambil bagi menangani kemungkinan lebih banyak data yang telah tertiris.

Buat masa ini, AKPK bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa yang berkaitan termasuk Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) serta CyberSecurity Malaysia (CSM) dalam menjalankan siasatan menyeluruh.

Selain itu, pihaknya juga sedang mengenal pasti maklumat khusus yang telah diakses secara haram serta memaklumkan kepada mereka yang terjejas.

Bagi mengelakkan risiko selanjutnya, AKPK menjelaskan beberapa sistem operasi dinyahaktifkan buat sementara waktu dan akan dikembalikan secara berperingkat.

Sementara itu, sebarang persoalan boleh diajukan kepada Pusat Panggilan Khusus AKPK di talian 03 2616 7766, melalui laman web AKPK atau boleh melawati cawangan AKPK berhampiran.

Sumber: AKPK

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY