Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Play Pass

Akhirnya Google Play Pass Di Malaysia, RM99 Sahaja Setahun

Diterbitkan Ogos 24, 2023 · Dikemas kini Ogos 25, 2023 oleh ariff bukhari

Selepas hampir 4 tahun dilancarkan servis Google Play Pass kini ditawarkan untuk pengguna di Malaysia.

Walaupun semakan terkini (ketika artikel ini ditulis) di laman Google Play tidak menyenaraikan Malaysia sebagai antara negara yang menyokong servis tersebut, tetapi semakan terus dari Google Play Store, jelas dipaparkan pilihan Play Pass di situ.

Play Pass
Play Pass

Harga langganan Play Pass di Malaysia adalah RM10.99/bulan. Tetapi anda juga boleh langgan untuk tempoh setahun terus hanya pada harga RM99 sahaja.

Google Play Pass adalah servis langganan bulanan terbaru Google yang membolehkan pelanggan mengakses kepada lebih 1,000 aplikasi dan permainan tanpa sebarang paparan iklan atau pembelian dalam aplikasi (in-app purchases).

Namun begitu, Play Pass masih tidak akan memberi anda akses kepada semuanya dalam Google Play, hanya pilihan aplikasi dan permainan tertentu sahaja diberikan tanpa sebarang gangguan iklan dan in-app purchases.

Berkaitan

  • Apple Arcade Diumumkan, Platform Permainan Mudah Alih Dengan Langganan RM19.90 Sebulan
  • Google Melancarkan Servis Terbaru Google Play Pass
  • Qualcomm Perkenal 3 Cip Snapdragon Terbaru Fokus Konsol Mudah Alih

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY