Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Melancarkan Servis Terbaru Google Play Pass

Google Melancarkan Servis Terbaru Google Play Pass

Diterbitkan September 24, 2019 oleh ariff bukhari

Pesaing kepada Apple Arcade.

Google hari ini telah melancarkan servis terbaru mereka yang dipanggil Google Play Pass. Ia adalah servis langganan bulanan terbaru Google yang membolehkan pelanggan mereka mengakses lebih daripada 350 aplikasi dan permainan tanpa sebarang paparan iklan.

Google menyatakan, permainan dan aplikasi baru berkualiti akan ditawarkan setiap bulan kepada para pelanggan Google Play Pass.

“Play Pass offers a high-quality, curated collection of titles from Stardew Valley to AccuWeather, with new apps and games added every month.” Google.

Bagi memudahkan pengguna mengakses kandungan Play Pass , Google mewujudkan tab pintasan kepada pengguna yang melanggan servis ini.

Google Play Pass dilihat sebagai pesaing kepada Apple Arcade yang telah pun dilancarkan Apple kepada para pengguna iPhone diseluruh dunia.

Walaubagaimanapun, buat masa ini, servis ini hanya ditawarkan kepada para pengguna peranti Android di A.S sahaja minggu ini. Servis langganan pula adalah berharga USD4.99/bulan (harga langganan sama seperti ditawarkan Apple Arcade) .

Tetapi Google memaklumkan mereka akan menawarkan juga servis Google Play Pass ini kepada pengguna di seluruh dunia secara berperingkat tidak lama lagi.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY