Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
dial up

Akhirnya, Bunyi Ikonik Modem Bakal Hilang, AOL Tutup Dial-up

Diterbitkan Ogos 12, 2025 · Dikemas kini Ogos 12, 2025 oleh ariff bukhari

Bunyi modem yang ikonik ketika disambungkan ke internet di era 90an bakal mengucapkan selamat tinggal.

Ia selepas AOL, penyedia perkhidmatan dalam talian yang berpusat di New York City, dan merupakan jenama yang dipasarkan oleh Yahoo! Inc. akan menamatkan perkhidmatan dial-up internet mereka pada 30 September 2025 akan datang.

Ini sekali gus  menandakan berakhirnya era bunyi bip, siulan dan dengung yang sinonim dengan sambungan internet 1990-an.

Perkhidmatan ini, yang pernah menjadikan AOL gergasi teknologi, telah lama diganti oleh sambungan lebih pantas seperti ADSL dan gentian optik.

Jumlah pengguna dail-up di AS telah merosot daripada kira-kira 2.1 juta pada 2015 kepada hanya beberapa ribu sahaja pada 2021.

AOL pernah bergabung dengan Time Warner dalam perjanjian $162 bilion pada 2001 dahulu. Ia kemudian dijual kepada Verizon pada 2015 dengan harga $4.4 bilion, dan seterusnya kepada Apollo Global Management bersama Yahoo pada 2021 dengan harga $5 bilion.

Perkhidmatan sembang popularnya, AIM, telah pun ditamatkan pada 2017 dahulu.

Penamatan dial-up ini menutup satu lagi bab sejarah internet awal yang membentuk pengalaman generasi pertama pengguna maya.

Berkaitan

  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei
  • (Video) EV BYD Dipanah Petir 3 Kali Berturut-Turut Di China
  • CelcomDigi Perkenal MobileSHIELD, Aplikasi Keselamatan AI Dari RM4/bulan

Sumber: AFP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY