Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AKASO 360

AKASO 360 Dilancar, Kamera Aksi 360° Dengan Harga Bermula RM999

Diterbitkan Julai 28, 2025 oleh Amsyar Latif

Jenama kamera aksi global AKASO hari ini melancarkan produk terbaharu mereka di Malaysia iaitu AKASO 360, sebuah kamera aksi 360 darjah yang direka khas untuk pencipta kandungan moden.

Kamera ini menawarkan rakaman video 5.7K, foto 72MP dan sensor dwi 48MP dalam rekaan padat dan mudah dibawa ke mana-mana. Ia sesuai digunakan untuk vlogging, aktiviti luar, sukan ekstrem serta penggambaran harian.

Screenshot 2025-07-28 at 5.29.11 PM

Antara ciri utama termasuk penjejakan subjek berasaskan AI, kunci horizon 360 darjah, serta kesan tongkat swafoto yang tidak kelihatan dalam rakaman. AKASO 360 turut dilengkapi dengan skrin sentuh 2.29 inci yang memudahkan pemantauan dan kawalan rakaman secara langsung.

Screenshot 2025-07-28 at 5.30.31 PM

Kamera ini juga menyokong penyuntingan mudah alih melalui aplikasi AKASO 360, membolehkan pengguna menyunting dan berkongsi kandungan terus dari telefon pintar tanpa perlu menggunakan komputer.

Menurut AKASO, pelancaran ini bertujuan memudahkan lebih ramai pengguna menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dengan cara yang lebih pantas dan mudah, sama ada untuk penggunaan peribadi atau profesional.

AKASO 360 ditawarkan dalam dua pakej pilihan:

  • Standard Combo berharga RM999 dengan promosi RM899 sehingga 31 Ogos di Shopee, Lazada dan TikTok Shop
  • Creator Combo berharga RM1,099 dengan promosi tambahan jaminan 1+1 bulan sehingga 30 September

Berkaitan

  • Kamera Aksi Insta360 X5 Dilancar Dengan Lensa Boleh Tukar
  • DJI Mavic 4 Pro Dilancarkan Dengan 3 Kamera Boleh Putar 360°
  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY