Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Akan Dilancarkan 10 Mac, Vivo NEX 3S 5G Hadir Dengan Skrin Melengkung Dan Cip Snapdragon 865

Akan Dilancarkan 10 Mac, Vivo NEX 3S 5G Hadir Dengan Skrin Melengkung Dan Cip Snapdragon 865

Diterbitkan Mac 3, 2020 oleh Amalina Athman

Selepas pelbagai khabar angin, laman web Tmall telah mendedahkan bahawa NEX 3S 5G akan dilancarkan secara rasmi di China pada 10 Mac ini. Perkara itu didedahkan melalui gambar yang dimuat naik pada laman tersebut yang disertakan dengan tarikh acara pelancaran.

Vivo NEX 3S 5G

Berdasarkan perkongsian tersebut, ia menunjukkan NEX 3S 5G dengan skrin melengkung waterfall tanpa takuk atau punch hole pada panel. Turut dikongsikan oleh sumber yang boleh dipercayai di laman web Weibo, peranti ini hadir dengan memori LPDDR5 dan UFS 3.1.

Screenshot (313)

Terdahulu, peranti ini dilihat muncul pada senarai TENAA dengan skrin waterfall, dan dikuasakan cip Snapdragon 865. Senarai tersebut turut mendedahkan NEX 3S 5G dengan paparan AMOLED 6.89 inci, 8GB RAM serta dua pilihan storan iaitu 128GB dan 256GB.

Selain itu, peranti ini dijangka mempunyai tetapan tri-kamera di belakang dengan 64MP kamera utama, dua kamera 13MP serta 16MP bagi kamera hadapan. Peranti ini mungkin hadir dengan warna baru iaitu oren.

Masih tiada pengesahan mengenai spesifikasi yang disebutkan, peranti ini dikatakan mempunyai sokongan rangkaian dwi-5G dengan NSA dan SA. Dengan saiz bateri 4250mAh, ia adalah lebih kecil berbanding kapasiti bateri Vivo NEX 3 iaitu 4500mAh.

Buat masa sekarang, ia hanya spekulasi dan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peranti ini, nantikan pelancaran NEX 3S 5G pada 10 Mac.

Sumber: GizmoChina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY