Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

AirTag Generasi Kedua Diperkenalkan – Jarak Penjejakan Lebih Jauh, Bunyi Lebih Kuat

Posted on Januari 27, 2026Januari 27, 2026

Apple kini memperkenalkan AirTag (generasi kedua), dengan penambahbaikan utama pada jarak penjejakan serta pembesar suara yang lebih kuat.

AirTag baharu ini dikuasakan cip Ultra Wideband generasi kedua Apple, iaitu cip sama yang digunakan pada barisan iPhone 17, iPhone Air, Apple Watch Ultra 3 dan Apple Watch Series 11.

Dengan cip ini, ciri Precision Finding kini boleh berfungsi sehingga 50% lebih jauh berbanding generasi terdahulu.

Namun begitu, perlu diketahui bahawa Precision Finding yang dipertingkat ini hanya berfungsi apabila AirTag generasi kedua dipasangkan bersama iPhone Air atau iPhone 15 dan model lebih baharu, tidak termasuk iPhone 16e.

Selain itu, AirTag ini turut dilengkapi cip Bluetooth yang dinaik taraf bagi meningkatkan jarak pengesanan secara keseluruhan di luar mod Precision Finding.

Buat pertama kali juga, pengguna boleh menggunakan Precision Finding pada Apple Watch Series 9 atau lebih baharu, serta Apple Watch Ultra 2 atau lebih baharu dengan watchOS 26.2.1, untuk mencari AirTag.

Dengan reka bentuk dalaman yang dikemas kini, Apple menyatakan pembesar suara pada model ini adalah 50% lebih kuat berbanding model sebelumnya, menjadikannya lebih mudah didengari ketika proses pencarian.

Seperti model terdahulu, AirTag bergantung pada rangkaian Find My yang menggunakan Bluetooth untuk mengesan dan menghantar lokasi anggaran AirTag kepada pemilik secara sulit. Semua data lokasi disulitkan sepenuhnya dan hanya boleh diakses oleh pemilik AirTag.

AirTag generasi kedua memerlukan iPhone dengan iOS 26 atau lebih baharu, atau iPad dengan iPadOS 26 atau lebih baharu. Dari segi keserasian, ia mengekalkan reka bentuk yang sama seperti model asal dan boleh digunakan bersama semua aksesori AirTag sedia ada.

Harga

AirTag baharu akan ditawarkan dalam pek satu unit pada harga RM129 dan pek empat unit pada harga RM429. Pengguna juga boleh menambah ukiran peribadi secara percuma ketika pembelian melalui apple.com/my atau aplikasi Apple Store.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress