Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AirPods Pro 3_1

AirPods Pro 3 Kini Dilancarkan – Live Translation, Sensor Kadar Jantung

Diterbitkan September 10, 2025 · Dikemas kini September 10, 2025 oleh Amalina Athman

Apple pagi ini membuka tirai acara utamanya dengan pelancaran AirPods Pro 3, iaitu generasi ketiga yang dilancarkan selepas tiga tahun AirPods Pro 2 diperkenalkan.

Dari segi luaran, AirPods Pro 3 tidak banyak berbeza daripada model terdahulu kerana rekaannya masih kelihatan hampir sama. Ia disertakan dengan lima pilihan saiz eartip yang menawarkan padanan lebih selesa kepada pengguna, serta mempunyai penarafan kalis air dan peluh IP57.

Screenshot 2025-09-10 at 1.09.50 AM

Perubahan besar yang dibawakan kali ini lebih tertumpu kepada peningkatan prestasi. Apple mendakwa AirPods Pro 3 menawarkan kualiti bunyi luar biasa serta pembatalan hingar aktif (ANC) dalam telinga terbaik di pasaran. Ia mampu menyingkirkan hingar sehingga 2 kali ganda lebih berkesan berbanding AirPods Pro generasi sebelumnya, dan 4 kali ganda lebih baik daripada model asal.

Screenshot 2025-09-10 at 1.06.41 AM

Buat pertama kalinya, pengguna boleh menggunakan AirPods Pro 3 untuk mengukur kadar degupan jantung serta menjejak lebih 50 jenis senaman.

Ciri Live Translation turut hadir buat AirPods, memudahkan perbualan bersemuka walaupun pengguna tidak berkongsi bahasa yang sama.

AirPods Pro 3 Kini Dilancarkan – Live Translation, Sensor Kadar Jantung

Untuk ketahanan bateri, ia mampu bertahan sehingga 8jam dengan ANC. AirPods Pro 3 juga menawarkan peningkatan bateri yang ketara dalam mod Transparency, iaitu 67% lebih lama berbanding generasi sebelumnya, dengan ketahanan sehingga 10 jam hanya dengan sekali caj.

Harga dan ketersediaan

AirPods Pro 3 ditawarkan pada harga RM999. Buat masa ini, masih belum diumumkan ketersediaan untuk pasaran Malaysia.

Berkaitan

  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • Apple Watch Siri 11 Dilancar Dengan Teknologi Selular 5G
  • iPhone 17 Kini Rasmi - 120Hz ProMotion, Storan Kini Bermula 256GB
  • iPhone 17 Pro Rasmi - 'Vapor Chamber', 8x Zum, Storan Sehingga 2TB, Harga Bermula RM5499

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY