Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
airpods pro 2

AirPods Pro 2 Dilancarkan Dengan Apple Cip H2

Diterbitkan September 8, 2022 · Dikemas kini September 8, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

AirPods Pro 2 sudah selamat ‘dilahirkan’ kedua pada hari ini, tanggal 8 September 2022. Generasi kedua ini adalah 3 tahun selepas AirPods Pro pertama dilancarkan iaitu pada 2019.

Ia menggunakan cip Apple H2. Ia dikatakan membantu pembatalan hingar yang 2x lebih bagus dan pengeluaran bunyi 3D yang lebih baik selain cekap tenaga.

AirPods Pro 2 Dilancarkan Dengan Apple Cip H2

Ia mampu bertahan sehingga 30 jam dengan bekas, sekali cas. Putik audio sahaja dapat bertahan 6 jam sebelum dicas semula dengan bekas.

Dari segi pengecasan pula, ia masih menyokong MagSafe dan USB-C.

Berkaitan

  • Siri iPhone 14 Pro - Berakhirnya Takuk, Satu-Satunya Dengan 'Always-On-Display'
  • Rasmi, Apple Watch Ultra - Sasar Aktiviti Lasak, Bateri Tahan 60 Jam Untuk RM3,799
  • iPhone 14 Dan iPhone 14 Plus Kini Rasmi, Dijana Cip Pemproses A15 Bionic
  • Apple Watch Series 8 Diumumkan - Dilengkapi 'Crash Detection', Sensor Suhu Baharu
  • Pra Tempah iPhone 14 Dibuka Bermula 16 September, Ini Senarai Harga

Antara sensor atau ciri disertakan ialah mikrofon dual beamforming, mikrofon inward-facing, pengesanan kulit, pengesanan pergerakan, pengesanan percakapan dan sentuh.

Ini semua membantu untuk pembatalan hingar aktif (ANC) dan mod transparency.

A transparent look inside AirPods Pro of the custom-built driver and amplifier.

Generasi kedua putik audio daripada Apple varian Pro ini dijana cip H2 dan U1 serta disambungkan melalui Bluetooth 5.3.

Bekas AirPods ini didatangkan siap dengan lubang untuk dipautkan pada lanyard selain mempunyai perlindungan IPX4.

Hadir dengan pemacu bersaiz mm, ia menyokong format ALAC (Apple Lossless).

Ia akan dijual pada harga RM1,099.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY