Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
airpods 3

AirPods Mungkin Akan Sokong Ciri Terjemah Bahasa Secara Langsung Tahun Ini

Diterbitkan Mac 14, 2025 oleh ariff bukhari

Apple mungkin akan memperkenalkan fungsi terjemahan masa nyata pada AirPods melalui kemas kini perisian yang akan hadir pada 2025,

Ia selari dengan pelancaran iOS 19 yang dijangka akan ditawarkan pada tahun ini, menurut Cnet yang memetik laporan Bloomberg.

Fungsi ini membolehkan AirPods menterjemah percakapan dalam bahasa asing terus ke iPhone pengguna secara langsung.

Sebenarnya, Apple telah menawarkan ciri ini menerusi aplikasi Translate sejak 2020, yang membolehkan pengguna menterjemah teks atau percakapan secara manual.

Tetapi dengan fungsi baharu ini pada AirPods, ia akan membawa teknologi tersebut ke tahap lebih tinggi, menjadikannya automatik dan mudah digunakan bersama AirPods tanpa perlu menaip.

Fungsi ini dijangka dapat membantu pengguna berkomunikasi dengan lebih mudah ketika melancong atau berinteraksi dengan penutur bahasa asing.

Ciri ini bukanlah baharu kerana pesaing fon telinga lain sepertiĀ Google Pixel Buds yang sudah pun tersedia dengan ciri tersebut sejak 2017 dahulu di mana fon telinga Google itu kini boleh menterjemah perbualan ayat atau frasa dalam lebih 100 bahasa yang berbeza.

Berkaitan

  • Ini Harga Rasmi Pixel Buds Pro 2 Dan Pixel Watch 3 Di Malaysia, Bermula RM1,099
  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Lelaki Australia Guna Jantung Titanium Pertama Di Dunia Dibenar Keluar Hospital

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Patenkan AI Yang Boleh Ubah Kata-Kata Ikut Gerak Bibir Dan Ekspresi Wajah Secara Langsung Dalam Video
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
©2026 WISER.MY