Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
tony fernandes airasia

AirAsia Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia 2024 – AirlineRatings.com

Diterbitkan Mei 30, 2024 · Dikemas kini Mei 30, 2024 oleh ariff bukhari

Kumpulan AirAsia (AirAsia Malaysia, Thai AirAsia, Philippines AirAsia, AirAsia X dan Thai AirAsia X) telah diumumkan sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia 2024 oleh AirlineRatings.com dalam Anugerah Kecemerlangan Syarikat Penerbangan tahunan mereka.

AirAsia yang dilancarkan pada tahun 2001 oleh Datuk Kamarudin Meranun dan Tan Sri Tony Fernandes dengan hanya dua pesawat, telah berkembang pesat dalam dua dekad ini seterusnya mendominasi rantau Asia.

Hanya bermula dengan operasi dari Kuala Lumpur, syarikat penerbangan ini telah mengharungi pelbagai krisis dan cabaran pengawalseliaan dan persaingan, polisi yang menyokong syarikat penerbangan nasional dan banyak lagi sambil ia mendemokrasikan perjalanan udara dan mentakrifkan semula landskap syarikat penerbangan tambang rendah di Asean dan seterusnya.

Ketua Pengarang AirlineRatings.com Geoffrey Thomas dalam ulasannya berkata, “Syarikat penerbangan ini telah menjadikan perjalanan berpatutan bagi hampir 800 juta penumpang di seluruh Asia dan Asia Pasifik dan mereka menawarkan nilai dan pengalaman hebat.”

AirAsia kini beroperasi di Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Kemboja.

Kumpulan AirAsia dan syarikat penerbangan jarak sederhananya hari ini memiliki lebih daripada 255 pesawat dan terbang ke lebih daripada 165 destinasi.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Skrin Micro-OLED Apple Vision Pro Menang Anugerah 'Displays of the Year'
  • Bukan iPhone, Tapi Telefon Samsung Dan Xiaomi Adalah Yang Terhangat Di Pasaran Malaysia
  • Rakyat Malaysia Pengguna Dompet Digital Tertinggi Di Dunia - Tinjauan

Sumber: AirAsia, AirlineRatings

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY