Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Vision Pro_1

Skrin Micro-OLED Apple Vision Pro Menang Anugerah ‘Displays of the Year’

Diterbitkan Mei 20, 2024 ยท Dikemas kini Mei 20, 2024 oleh ariff bukhari

Setiap tahun, SID (Society For Information Display) mengiktiraf, komponen dan aplikasi terbaik yang diperkenalkan kepada pasaran dengan Anugerah Industri Paparan (Display Industry Awards, DIA).

Jawatankuasa DIA memilih pemenang setiap tahun berdasarkan pencalonan dari seluruh industri.

Jadi untuk tahun ini, DIA telah memilih peranti terbaru realiti campuran, Apple Vision Pro sebagai pemenang ‘Displays of the Year‘.

Anugerah ini dianugerahkan kepada produk yang memaparkan kemajuan teknologi yang paling ketara atau ciri-ciri cemerlang.

Ia telah diumumkan dan disampaikan pada pameran SID Display Week 2024 lalu yang telah berlangsung dari 12 hingga 17 Mei 2024, di San Jose, Amerika Syarikat.

Menjelaskan pemilihan mereka itu SID berkata, Apple Vision Pro memuatkan sejumlah teknologi yang menakjubkan dalam reka bentuk yang padat.

Menampilkan sistem paparan resolusi ultratinggi termaju yang dibina di atas cip silikon Apple, Vision Pro menggunakan OLED mikro – 7.5 mikron lebar yang mengandungi 23 juta piksel ke dalam dua paparan di mana setiap satunya hanya bersaiz setem.

“Kejayaan teknologi dalam paparan ini, digabungkan dengan kanta katadioptrik tiga elemen rekaan Apple yang membolehkan ketajaman dan kejelasan yang luar biasa, memberikan pengalaman yang menakjubkan, mewujudkan perasaan paparan yang berada di mana-mana sahaja anda melihat.” SID.

Tambah SID, “Kemajuan ini membolehkan video dipaparkan pada resolusi 4K sebenar, dengan warna lebar dan julat dinamik yang tinggi, semuanya pada skala besar-besaran. Dan teks halus kelihatan tajam dari mana-mana sudut, yang penting untuk melayari laman sesawang, membaca mesej dan menulis e-mel.”

Apple Vision Pro telah pun dilancarkan pada Jun 2023 lalu dan ia dijual pada harga bermula USD3,499 (~RM16,275).

https://www.youtube.com/watch?v=IY4x85zqoJM

Berkaitan

  • Penyelidik Beri Amaran, Jangan Guna Apple Vision Pro Setiap Hari
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Sumber: Society For Information Display

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY