Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Airbus Menguji Rangkaian 5G Di Orbit

Airbus Menguji Rangkaian 5G Di Orbit

Diterbitkan Januari 28, 2026 oleh ariff bukhari

Airbus UpNext, anak syarikat Airbus, telah melancarkan demonstrator baharu bernama SpaceRAN untuk menguji keupayaan rangkaian 5G global dari orbit. Projek ini memberi tumpuan kepada teknologi 5G Non-Terrestrial Network (NTN) yang bertujuan menyediakan sambungan universal, standard dan boleh dioperasikan bagi kegunaan komersial, kerajaan serta pertahanan.

Keunikan SpaceRAN ialah penggunaan satelit berasaskan perisian yang boleh diprogram semula di daratan selepas ia dilancarkan.

Ia membolehkan pemprosesan data dilakukan terus di angkasa, sekali gus mengurangkan kependaman, meningkatkan kelajuan dan membolehkan sambungan pengguna-ke-pengguna secara langsung.

Ujian ini melibatkan 2 platform utama dengan yang pertama adalah ujian di darat iaitu persediaan berasaskan Bumi yang direka untuk meniru dan menguji tingkah laku satelit Orbit Bumi Rendah (LEO) dengan teliti, dengan memberi tumpuan kepada pemindahan dan penghalaan data antara satelit.

Keduanya adalah muatan dalam orbit yang berkomunikasi dengan pelbagai aset daratan dan udara di mana satelit Airbus LEO, menghubungkan pesawat dan pengguna di darat, dan berfungsi sebagai stesen pangkalan bukan daratan 5G di angkasa lepas.

Manfaat utama teknologi 5G NTN ini termasuk peningkatan pengalaman penumpang dalam penerbangan komersial, komunikasi lebih selamat untuk tentera dan kerajaan, serta kos penghantaran data orbit yang lebih rendah.

Airbus bekerjasama dengan konsortium global seperti Deutsche Telekom, Eutelsat dan ST Engineering iDirect.

Projek ini sebahagian daripada inisiatif Air!5G yang disokong Kerajaan Perancis di bawah pelan France 2030 dengan hasil pertamanya dijangka menjelang 2028 nanti.

Airbus turut menegaskan bahawa teknologi SpaceRAN juga dilihat sebagai langkah penting ke arah pembangunan 6G masa depan.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • NVIDIA Dan Nokia Jalin Kerjasama Bernilai ~RM4.19 Bilion, Pacu Era 6G Di AS
  • Cara Bersihkan Storan Telefon Android Yang Sudah Penuh

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY