Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
3. Clicks – BumbleBee and London Sky

Rindu BlackBerry? Ini Aksesori Papan Kekunci Fizikal Untuk iPhone Anda

Diterbitkan Januari 7, 2024 · Dikemas kini Januari 7, 2024 oleh ariff bukhari

Jika anda rindukan butang kekunci fizikal pada iPhone, Clicks beri penyelesaian untuk anda.

Aksesori terbaru papan kekunci fizikal penuh yang dikeluarkan oleh Clicks Technology ini sudah pun boleh dibeli yang tersedia untuk model iPhone 14 Pro, iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max.

Dikenali sebagai Clicks Creator Keyboard Founder Edition, harga jualannya adalah bermula dari USD139 (~RM646) hingga USD159 (~RM739).

Rindu BlackBerry? Ini Aksesori Papan Kekunci Fizikal Untuk iPhone Anda
Click terbina dengan lampu memudahkan anda menaip di dalam gelap.

Clicks Technology ialah syarikat baharu yang berpangkalan di UK yang diasaskan bersama oleh Michael Fisher dan Kevin Michaluk, yang bekerja dengan pasukan veteran mudah alih dari Apple, BlackBerry dan Google untuk membuat aksesori papan kekunci ini.

Antar ciri utama Clicks adalah ia memberikan pengguna iPhone akses kepada pintasan papan kekunci iOS seperti:

  • tekan butang CMD + H untuk menavigasi ke skrin utama dengan cepat
  • CMD + Space untuk melancarkan Carian
  • Skrol menerusi halaman web dengan kekunci space bar

Malah aplikasi Click untuk iPhone bakal tiba di Apple App Store yang akan membawakan lebih banyak fungsi baharu pada papan kekunci ini dari masa ke semasa.

Aksesori unik untuk model iPhone ini akan membuat kemunculan di acara CES 2024 minggu hadapan dan akan dihantar kepada pembeli seawal bulan Februari nanti.

Berkaitan

  • LG Perkenal Paparan 'Gaming' OLED 480Hz, Terpantas Di Dunia
  • Lexar Memperkenalkan 'Flash Memory' Dengan Kelajuan 3,600MB Per Saat
  • Cepat Sambar Game Menang Anugerah Yang Berharga RM249 Secara Percuma Sekarang

Sumber: Clicks for iPhone

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY