Air Asia Perkenal Sistem Pembayaran Tanpa Tunai BigPay

Tahun lepas kita telah menyaksikan beberapa pengumuman dibuat tentang penawaran sistem e-dompet untuk kegunaan dalam negara.

Kini, menambah satu lagi kedalam senarai adalah Air Asia yang tampil memperkenalkan perkhidmatan e-Dompet BigPay.

Pengumuman dibuat melalui twitter CEO Air Asia, Tony Fernandes, dimana beliau menerangkan serba-sedikit ciri yang terdapat pada perkhidmatan e-Dompet tersebut.

BigPay menawarkan fungsi kad aplikasi, pengurusan kewangan dan juga rekod transaksi. Ciri seperti pembayaran melalui teknologi QR dan NFC juga dilapor akan diperkenal tidak lama lagi bagi menjadikan ia sebagai sebuah aplikasi tanpa tunai yang serba lengkap.



Difahamkan lagi, BigPay berupaya dihubungkan kepada 10 kad debit atau kredit dan pengguna juga mampu untuk membekukan transaksi sesuatu kad yang boleh dilakukan sekiranya kad tersebut hilang dan sebagainya.

Selain itu, Tony Fernandes turut menambah bahawa platform berkenaan bakal menyediakan sokongan pertukaran matawang dan ciri memberi pinjaman wang.

Sumber: Twitter Tony Fernandes dan Amanz.my