Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

AI Disaman Lagi, Kali Ini Dari Media Terbesar Jepun

Posted on Ogos 8, 2025

Akhbar terbesar Jepun, Yomiuri Shimbun, telah memfailkan saman terhadap firma AI berpangkalan di AS, Perplexity, di Mahkamah Tokyo, menuntut ganti rugi ¥2.2 bilion (kira-kira RM91 juta).

Yomiuri, yang mempunyai edaran harian sekitar enam juta naskhah, mendakwa Perplexity menggunakan lebih 120,000 artikelnya tanpa kebenaran antara Februari hingga Jun 2025.

Kandungan itu, kata Yomiuri, digunakan untuk menghasilkan ringkasan carian yang menghalang pembaca daripada mengunjungi laman web asal, sekali gus menjejaskan trafik dan pendapatan iklan.

Yomiuri menegaskan bahawa tindakan ini adalah bentuk “menumpang hasil kerja” yang telah memakan masa, tenaga, dan kos besar.

Ia memberi amaran bahawa amalan sedemikian boleh menjejaskan kewartawanan berkualiti dan “menggoncang asas demokrasi”.

Saman ini merupakan yang pertama oleh organisasi media utama Jepun terhadap firma AI, tetapi sebahagian daripada gelombang saman serupa di seluruh dunia oleh syarikat media terhadap teknologi AI generatif.

Perplexity, yang sebelum ini disaman oleh Wall Street Journal dan New York Post, pernah mengkritik pendekatan konfrontasi media sebagai “pendek akal” dan “menghalang inovasi”.

Firma itu berhujah bahawa fakta awam tidak sepatutnya dimonopoli, sebaliknya semua pihak perlu bekerjasama membina alat baharu dan peluang perniagaan yang lebih besar. Setakat ini, Perplexity belum mengulas mengenai saman Yomiuri.

{suggest}

Sumber: AFP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress