Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Dilapor Buang Ratusan Pekerja Dalam Pasukan Android, Pixel

Google Nafi Ciri Carian AI Jejaskan Trafik Ke Laman Web

Diterbitkan Ogos 7, 2025 · Dikemas kini Ogos 7, 2025 oleh Amalina Athman

Google menafikan dakwaan bahawa ciri carian berasaskan kecerdasan buatan (AI) menyebabkan trafik ke laman web merosot.

Dalam satu catatan blog, Ketua Google Search Liz Reid menjelaskan bahawa jumlah klik organik dari Google Search ke laman web kekal stabil. Malah, purata kualiti klik turut menunjukkan peningkatan.

Syarikat itu mendakwa mereka kini menghantar lebih banyak klik berkualiti ke laman web berbanding tahun lalu. Buat pengetahuan, klik berkualiti merujuk kepada situasi di mana pengguna tidak terus tekan butang ‘kembali’, yang biasanya menjadi petunjuk bahawa mereka benar-benar berminat dengan kandungan laman web tersebut.

Data ini, menurut Google, bercanggah dengan laporan pihak ketiga yang mendakwa berlaku penurunan trafik secara mendadak. Laporan seperti itu dikatakan sering bersandar pada metodologi yang lemah, contoh kes terpencil, atau perubahan trafik yang berlaku sebelum pelancaran ciri AI dalam Search.

Menjelaskan lebih lanjut, syarikat itu berkata ciri AI Overviews dalam Search sebenarnya menggalakkan lebih banyak carian dan soalan baharu, termasuk soalan yang lebih panjang dan kompleks berbanding sebelum ini.

Selain itu, AI Overviews juga memaparkan lebih banyak pautan dalam satu halaman berbanding paparan carian biasa. Ini bermakna terdapat lebih banyak peluang untuk laman web muncul dan mendapat klik.

Walau bagaimanapun, bagi carian yang memerlukan jawapan ringkas seperti “bilakah bulan penuh seterusnya”, pengguna mungkin sudah berpuas hati dengan jawapan awal yang diberikan dan tidak lagi menekan mana-mana pautan.

Berkaitan

  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei
  • AI Google Ubah Corak Carian Pengguna, Trafik Web Terus Menjunam
  • Google Tambah Ciri Baharu AI Mode Dalam Search
  • Google Gemini Kini Boleh Hasilkan Buku Cerita

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY