Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Dilapor Akan Tawar Teknologi AI Dalam Aplikasi Mereka

AI Dibangunkan Apple Dilaporkan Boleh Berfungsi Tanpa Perlu Sambungan Internet

Diterbitkan April 23, 2024 ยท Dikemas kini April 23, 2024 oleh ariff bukhari

Sebelum ini telah dilaporkan bahawa Apple bakal “membuat penemuan baru” dalam AI generatif pada tahun ini.

Kini timbul ura-ura yang mendakwa, apabila Apple membawa teknologi kecerdasan buatan (AI) nya ke iOS 18, pemprosesan untuk AI itu dilaporkan akan berjalan terus dari peranti iPhone itu sendiri, tanpa memerlukannya disambungkan kepada perkhidmatan awan.

Wartawan Bloomberg, Mark Gurman mengatakan bahawa set awal ciri berkaitan AI Apple ini “akan berfungsi sepenuhnya pada peranti,” mencadangkan AI Apple itu mungkin tidak memerlukan sambungan data untuk berfungsi.

Dengan mengendalikan semua pemprosesan pada peranti, ciri ini akan menjadi sedikit lebih selamat daripada beberapa perkhidmatan yang berkaitan dengan awan dan membenarkan lebih privasi bagi mereka yang menggunakan ciri tersebut.

Apple dilaporkan telah mengusahakan LLM dalaman sendiri, yang dipanggil “Ajax”.

Pada Disember lalu, penyelidik Apple telah memperincikan cara baharu untuk AI berjalan pada peranti seperti iPhone tanpa menggunakan banyak memori.

Malah Apple juga beberapa tahun kebelakangan ini telah memperoleh beberapa syarikat AI.

Teknologi AI dari Apple ini mungkin akan mula digunakan pada aplikasi Messages, Safari, Spotlight dan Siri.

Berkaitan

  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Sumber: PC Mag

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY