Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Dilapor Akan Tawar Teknologi AI Dalam Aplikasi Mereka

Apple Dilapor Akan Tawar Teknologi AI Dalam Aplikasi Mereka

Diterbitkan Oktober 24, 2023 · Dikemas kini Oktober 24, 2023 oleh Amal Addin

Apple hendak memperkenalkan AI bukan sahaja untuk Siri, tetapi juga untuk sistem operasinya yang utama iaitu iOS. Eksekutif tertinggi Apple, John Giannandrea, Craig Federighi, dan Eddy Cue mengetuai projek untuk meningkatkan kualiti kecerdasan buatan (AI) syarikat.

Menurut Mark Gurman dari Bloomberg, projek tersebut memakan modal sebanyak $1 bilion. Majoriti rakan teknologinya seperti Microsoft, Meta, Google dan Amazon telah maju kehadapan dalam teknologi AI lebih-lebih lagi apabila OpenAI ChatGPT dilancarkan tahun lepas.

Projek ini juga bertujuan untuk meningkatkan kemampuan AI dalam Siri. Mereka mensasarkan Siri versi AI dapat diperkenalkan tahun hadapan.

Craig Federighi, eksekutif yang menyelia pembangunan iOS untuk iPhone dan MacOS untuk MacBook sedang berusaha mengintegrasikan AI dalam sistem pengendalian syarikat.

Apple Dilapor Akan Tawar Teknologi AI Dalam Aplikasi Mereka

Mereka juga ingin menumpukan pada ciri yang dikuasakan oleh Apple’s large language model (LLM) yang dikenali sebagai AppleGPT. Model ini juga dikatakan menggunakan sejumlah besar data untuk memperhalusi keupayaan AI.

Sistem AI yang sedang dibangunkan ini dijangka dapat meningkatkan cara Siri dan aplikasi Messages berinteraksi dengan pengguna.

Pasukan kejuruteraan perisian syarikat Apple sedang mempertimbangkan gabungan AI generatif ke dalam alat pembangunan seperti Xcode. Kaedah ini dapat mempercepatkan pembinaan aplikasi dan mirroring services seperti Copilot GitHub Microsoft.

Pasukan Eddy Cue memperhalusi kaedah penggabungan AI dengan seberapa aplikasi yang ada seperti Apple Music. AI generatif juga sedang diusahakan untuk aplikasi seperti Pages atau Keynote.

Tujuannya adalah untuk membantu pengguna menulis atau membuat slide decks secara automatik. Selain itu, AI generatif juga sedang diuji dalam aplikasi AppleCare.

Berkaitan

  • Apple Ambil Ramai Pekerja Dalam Sektor AI Miliknya
  • Apple Dilapor Patenkan 'Seat Belt Buckle' Yang Bernyala Apabila Tidak Dipakai
  • "Ultra-Rare" Kasut Apple Ini Berharga Lebih RM225 Ribu
  • Cara Tonton Siaran Langsung Acara iPhone 15 Awal Pagi Nanti
  • Tablet Ni Ada Slot Kad SIM Tapi Harga Murah
  • Ini Sebab Kenapa Kabel Apple USB-C Pro Berharga Lebih RM399

Sumber: Business Today

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY