Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
tak boleh guna gambar ni di artikel lain. TO GO WITH AFP STORY JAPAN-GHIBLI-CULTURE-ANIMATION-FILM, INTERVIEW BY NATSUKO FUKUE

AI Boleh Tiru Ghibli, Tapi Tak Boleh Jadi Miyazaki – Anak Pengasas Studio Legenda

Diterbitkan April 3, 2025 ยท Dikemas kini April 4, 2025 oleh Amsyar Latif

Sejak OpenAI melancarkan penjana imej GPT-4o, semakin ramai pengguna mencipta gambar dengan teknologi kecerdasan buatan (AI). Antara trend paling popular yang menarik perhatian ialah menukar gambar kepada gaya anime Studio Ghibli.

Di Malaysia sendiri, ramai pengguna media sosial turut serta dalam trend ini, malah gambar suasana hari raya pun diubah kepada gaya filem seperti Spirited Away dan My Neighbor Totoro.

Namun, perkembangan ini mencetuskan kebimbangan terhadap risiko AI mengambil alih tugas pelukis dan animator anime di Jepun. Goro Miyazaki, anak kepada pengasas Studio Ghibli Hayao Miyazaki, mengakui AI mampu menggantikan animator sepenuhnya dalam masa terdekat.

Tetapi menurut beliau, AI tidak akan dapat menggantikan keunikan karya bapanya, Hayao, yang terkenal dengan sentuhan peribadi dan mendalam.

Goro menjelaskan generasi Hayao mempunyai pengalaman hidup berbeza kerana pernah melalui zaman perang, menjadikan karya mereka penuh dengan unsur kehidupan, termasuk rasa manis dan pahit.

Beliau turut berpandangan, generasi sekarang yang membesar dalam suasana aman sukar menghasilkan karya yang mempunyai kedalaman emosi serupa.

Di samping itu, trend penjanaan imej gaya Ghibli oleh AI turut mencetuskan persoalan hak cipta. Walaupun OpenAI melarang peniruan gaya artis individu yang masih hidup, mereka membenarkan penggunaan gaya studio secara umum.

Goro bagaimanapun menganggap perkembangan teknologi ini mempunyai potensi positif kerana ia mampu membuka peluang kepada bakat baharu yang tidak dijangka.

Beliau sendiri mengakui sukar untuk menggantikan legasi bapanya yang masih aktif berkarya pada usia 84 tahun, apatah lagi dengan elemen mendalam seperti yang dipamerkan dalam filem terakhir Hayao Miyazaki, The Boy and the Heron, yang memenangi Oscar tahun lalu.

Berkaitan

  • Guna Telefon vivo X200 Pun Boleh Dapat Gambar Makro Nampak Pro Macam Ini
  • Tugas Penyelidikan Kini Lebih Mudah Dengan OpenAI 'Deep Research'
  • Penjanaan Imej 4o Kini Dilancarkan Untuk Pengguna ChatGPT - Termasuk Versi Percuma
  • OpenAI Tukar Strategi, Umum Model AI Lebih Terbuka

Sumber: AFP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY