Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Laporan Tesla Batalkan Rancangan Kilang EV Di Asia Tenggara Mungkin Keputusan Komersial – MITI

Pelaksanaan Kamera AwAS Akan Ditambah Baik Dengan Kaedah ‘Point-to-Point’ – Loke

Diterbitkan Januari 6, 2025 · Dikemas kini Januari 6, 2025 oleh Amalina Athman

Pelaksanaan kamera Automated Awareness Safety System (AwAS) akan ditambah baik dengan kaedah point-to-point berbanding kaedah statik yang dilaksanakan sebelum ini.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata kaedah baharu itu membolehkan pemantauan kelajuan kenderaan dilakukan secara lebih menyeluruh dengan mengukur kelajuan purata kenderaan antara dua titik kamera berdasarkan jarak dan masa perjalanan.

Mengulas lanjut, Loke berkata pelaksanaan kamera AwAS ketika ini yang diletakkan di satu lokasi secara statik dilihat tidak mencapai objektif kementerian untuk mengurangkan kelajuan kenderaan, seterusnya mengurangkan risiko kemalangan.

Apa yang kita nak menjurus kepada pendekatan baharu ialah kita sudah ada teknologi baharu… kita akan lihat antara dua titik checkpoints. Kita tidak mahu pemandu memperlahankan kenderaan hanya di depan kamera itu, tetapi (perlahan) dalam satu jarak yang tertentu. Katakan antara titik A dengan titik B, kita ingin tahu pemandu menggunakan masa berapa lama. Kalau dia menggunakan kurang masa yang sepatutnya, maksudnya dia pecut dan akan dikenakan tindakan (saman).

Sebagai permulaan, kaedah baharu itu akan dilakukan di kawasan-kawasan yang berbahaya dan berisiko tinggi, seperti kawasan berbukit di Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak (KLK) di Genting Sempah dan Terowong Menora, Ipoh.

Beliau berkata Kementerian Pengangkutan (MOT) berharap melalui penambahbaikan sistem AwAS dengan mekanisme itu, ia dapat menyumbang kepada penurunan kadar kemalangan jalan raya serta meningkatkan kesedaran dan disiplin pemandu di seluruh negara.

Dalam perkembangan lain, Loke memaklumkan sistem High Speed – Weight in Motion (HS-WIM) yang dipasang bertujuan memantau muatan kenderaan berat secara automatik, dijangka akan mula beroperasi suku ketiga tahun ini.

Menurutnya, MOT telah mengenal pasti 10 lokasi di seluruh negara yang akan dipasang dengan sistem HS-WIM.

Berkaitan

  • JPJ Ganti Kamera AwAS Baharu Secara Berfasa
  • Ini 7 Naik Taraf Baharu Pada HONOR X9c 5G Tapi Harga Masih Sama Macam Dulu
  • Bayar Saman Anda Dengan Diskaun Di Aplikasi MyJPJ Bermula Hari Ini
  • Anggota JPJ Bakal Guna Kamera Badan - Menteri Pengangkutan

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY