Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPad Akan Terima Perisian 3D Popular Percuma Ini Terlebih Dulu

iPad Akan Terima Perisian 3D Popular Percuma Ini Terlebih Dulu

Diterbitkan Ogos 1, 2025 oleh ariff bukhari

Blender, perisian grafik 3D percuma dan sumber terbuka yang popular disahkan  bakal hadir ke peranti iPad dan tablet Android.

Selama ini hanya tersedia untuk platform desktop seperti Windows, macOS dan Linux, Blender kini sedang dibangunkan untuk peranti mudah alih berprestasi tinggi seperti Apple iPad, Microsoft Surface dan Huawei MatePad.

Versi tablet ini akan mengekalkan pengalaman penuh Blender tanpa mengurangkan rekaan antaramuka atau fungsi sedia adanya.

iPad Akan Terima Perisian 3D Popular Percuma Ini Terlebih Dulu
Jika anda meminati indystri kreatif dalam bidang 3D , animasi 2D dan VFX, anda boleh mmuat turun perisian 3D Blender ini secara percuma.

Blender memaklumkan, fasa awal perisian mereka di platform baharu itu akan memberi tumpuan kepada manipulasi objek asas, diikuti sokongan untuk Grease Pencil dan storyboarding kemudiannya.

Pasukan Blender menyatakan mereka memberi keutamaan kepada pembangunan versi iPad terlebih dahulu, termasuk sokongan Apple Pencil.

Versi Android pula dijangka menyusul kemudian. Tiada tarikh pelancaran rasmi diumumkan, namun demo awal akan dipertontonkan di SIGGRAPH 2025 di Vancouver dengan menggunakan iPad Pro.

Inisiatif ini sekali gus menjadikan teknologi 3D lebih mudah diakses oleh pengguna di pelbagai platform.

Berkaitan

  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei
  • Akhirnya Adobe Perkenal Ciri Baharu Paling Dinanti Dalam Photoshop
  • Luaskan Paparan Laptop Dengan Skrin Sentuh Mudah Alih Terbaru Ini

Sumber: Blender Developers

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY