Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Affinity Baharu Kini Percuma, Gabung 3 Fungsi Dalam Satu Aplikasi

Affinity Baharu Kini Percuma, Gabung 3 Fungsi Dalam Satu Aplikasi

Diterbitkan Oktober 31, 2025 oleh Amsyar Latif

Canva kini memperkenalkan all-new Affinity, versi serba baharu aplikasi reka bentuk profesional yang kini ditawarkan secara percuma kepada semua pengguna.

Selama lebih sedekad, Affinity dikenali sebagai alternatif kepada perisian reka bentuk berbayar seperti Adobe dan digunakan oleh pereka yang mahukan kuasa, kelajuan serta kawalan penuh tanpa komitmen langganan.

Affinity Baharu Kini Percuma, Gabung 3 Fungsi Dalam Satu Aplikasi

Selepas rasmi menjadi sebahagian daripada keluarga Canva, Affinity kini melangkah ke fasa baharu dengan visi yang lebih besar untuk menjadikan alat reka bentuk profesional boleh diakses oleh semua orang.

Versi baharu ini menggabungkan tiga fungsi utama iaitu penyuntingan foto, reka bentuk vektor dan susun atur halaman dalam satu platform berprestasi tinggi.

Pengguna boleh mereka bentuk logo, mengedit foto atau menyusun helaian majalah tanpa perlu bertukar aplikasi. Affinity turut membenarkan tahap penyesuaian penuh pada ruang kerja, di mana pereka boleh menggabungkan alat daripada Vector, Pixel dan Layout mengikut gaya kerja masing-masing.

Affinity Baharu Kini Percuma, Gabung 3 Fungsi Dalam Satu Aplikasi

Ruang kerja yang disusun ini juga boleh dikongsi dengan pasukan atau komuniti kreatif lain, menjadikannya lebih fleksibel dan mesra kolaborasi.

Sebagai sebahagian daripada Canva, Affinity kini menyertakan ciri Canva AI Studio seperti Generative Fill, Background Remover dan Expand & Edit.

Fungsi ini membantu mempercepatkan proses kerja tanpa menjejaskan kawalan atau hak cipta pengguna.

Versi baharu Affinity kini tersedia untuk Windows dan macOS, manakala versi iPad akan dilancarkan tidak lama lagi.

Berkaitan

  • Akhirnya Adobe Perkenal Ciri Baharu Paling Dinanti Dalam Photoshop
  • Adobe Premiere Percuma Untuk iPhone Dengan Ciri Suntingan Setaraf Desktop
  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6 Inci Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
©2026 WISER.MY