Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Acer Swift 7 Generasi Baru Diumumkan, Komputer Riba Paling Nipis Di Dunia

Acer Swift 7 Generasi Baru Diumumkan, Komputer Riba Paling Nipis Di Dunia

Diterbitkan Januari 8, 2018 ยท Dikemas kini Januari 8, 2018 oleh Helmi Samsuri

Tahun lalu HP Spectre 13 mendapat jolokan sebagai komputer riba paling nipis di dunia dengan ketebalan sekitar 10.41mm, tetapi nampaknya ia tidak bertahan lama dengan kehadiran model baru dari Acer.

Acer Swift 7 yang diperkenalkan pada acara CES 2018 semalam merupakan generasi baru dengan dengan ukuran tebal hanya 8.98mm, menjadikan ia komputer ternipis di dunia ketika ini.

Acer Swift 7 Generasi Baru Diumumkan, Komputer Riba Paling Nipis Di Dunia

Walaupun nipis, ia masih mampu membawakan beberapa spesifikasi menarik untuk bakal pembeli seperti pemprosesan Intel Core i7 yang digandingkan dengan RAM LPDDR3 8GB, ruang simpanan SSD 256GB.

Acer Swift 7 Generasi Baru Diumumkan, Komputer Riba Paling Nipis Di Dunia

Bakal menjalankan sistem operasi Windows 10, Acer Swift 7 generasi baru ini dilengkapi dengan layar paparan berukuran 14 inci beserta sokongan resolusi HD penuh. Selain itu, ia turut dibekalkan dengan sokongan sambungan terus ke internet tanpa memerlukan WiFi melalui sambungan XMM 4G LTE.

Komputer riba ini dijangka akan mula dipasarkan pada Mac hadapan.

Acer Swift 7 Generasi Baru Diumumkan, Komputer Riba Paling Nipis Di Dunia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
  • Pelajar MRSM Perak Menang RM47,000 Hasil Inovasi Bantu OKU Cacat Penglihatan
  • Pra Tempah 2 Pembesar Suara Mudah Alih CMF Baharu Ini Kini Dibuka Bermula RM259
  • PayNet Perluas Pembayaran DuitNow QR Ke 5 Destinasi Luar Negara - Ini Bank Yang Menyokongnya
  • Foxconn Habiskan 1 Trilion Token Bagi Melatih AI FoxBrain Dalam 12 Hari
  • Cara Batalkan Sijil MyDigital ID
  • Cara Beli 'Travel' eSIM Shopee
  • Kerjasama AI Muse Diperluas, NVIDIA Bakal Labur AS$3 Bilion Dalam Meta
©2026 WISER.MY