Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Predator Helios 18 AI_PR Banner

Acer Predator Helios 18 AI Baharu Tiba Di Malaysia Pada Harga RM17,999 Dan RM19,999

Diterbitkan Julai 1, 2026 · Dikemas kini Julai 1, 2026 oleh ariff bukhari

Acer Malaysia mengumumkan ketibaan komputer riba permainan berprestasi tinggi, Predator Helios 18 AI di Malaysia.

Sebagai sebuah laptop gaming berprestasi tinggi, ia menawarkan kuasa setaraf desktop ke dalam bentuk mudah alih.

Predator Helios 18 AI menyasarkan pemain tegar yang mahukan prestasi maksimum tanpa kompromi.

Laptop ini dilengkapi dengan pemproses mudah alih generasi baharu Intel Core Ultra  9 290HX Plus serta GPU NVIDIA berkuasa tinggi, menjadikannya pilihan utama untuk permainan AAA dan kerja kreatif intensif.

Skrin 18 inci WQUXGA 4K Mini LED dengan kadar segar semula tinggi memberikan visual yang tajam dan lancar dengan sistem audio enam pembesar suara.

20260630 Predator Helios 18 AI_08
Predator Helios 18 AI menampilkan elemen pencahayaan RGB dinamik yang boleh disesuaikan merentasi logo , bar pencahayaan MilkyWay, InfiniteRing dan papan kekunci RGB setiap kekunci. Ia juga mengintegrasikan suis mekanikal Predator MagKey 4.0 terkini dengan penggerak magnet yang boleh disesuaikan, direka untuk meniru sentuhan klik mekanikal yang tulen.
20260630 Predator Helios 18 AI_07
Predator Helios 18 AI juga dilengkapi pelbagai jenis port di bahagian kir, kanan dan belakang.

Predator Helios 18 AI sudah tersedia di penjual semula sah Acer dan Acer eStore dalam dua varian.

Model dengan NVIDIA GeForce RTX 5090 dan RAM 48GB berharga RM19,999, manakala model dengan NVIDIA GeForce RTX 5080 dan RAM 36GB berharga RM17,999.

Terdapat promosi awal untuk pelanggan yang membeli mana-mana varian Predator Helios 18 AI sebelum 12 Julai 2026 di mana mereka akan menerima monitor mudah alih PM161Q secara percuma bernilai RM349.

Acer PM191Q E_PR Banner

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • 72 Pelayan Dengan Cip AI Canggih Bernilai ~RM53 Juta Dirampas Di KLIA
  • AMD Perkenal Versal™ Premium Gen 2, Memori LPDDR5X Lebih Stabil Berbanding Teknologi HBM

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY