Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
YouTube TV_Mashable SEA

YouTube Akan Kurangkan Iklan Di TV, Tapi Ada Gantinya

Diterbitkan Disember 15, 2023 ยท Dikemas kini Disember 15, 2023 oleh Amalina Athman

Sebilangan iklan yang ada di YouTube hari ini boleh mengganggu pengalaman tontonan bagi pengguna yang tidak mempunyai akaun Premium. Terbaharu, pengguna mungkin melihat bilangan iklan yang lebih sedikit ketika menonton YouTube di TV.

Ia berikutan YouTube akan mengurangkan bilangan iklan di TV, tetapi sebagai gantinya, pengguna perlu menonton kandungan iklan yang lebih panjang.

Berkaitan

  • Begini Rupa YouTube Playables, Sebuah Ciri Main 'game' Di YouTube
  • YouTube Music Recap 2023 Hadir Dengan Kulit Album Anda Sendiri
  • Ini Ciri Terbaru Untuk Pencipta Kandungan Di YouTube

YouTube telah menguji pendekatan baharu untuk strategi iklannya dalam usaha bagi menjadikan pengalaman penstriman yang lebih baik.

Pada September, Youtube mula mengurangkan iklan untuk sebilangan pengguna. Dalam ujian awal itu, Google mengatakan sebilangan penonton akan melihat satu-satu iklan dengan tempoh 29% lebih lama sebelum iklan seterusnya.

Kini, penambahbaikan itu diperluas untuk pengguna global yang menonton YouTube di TV. Sebagai tambahan, YouTube juga akan mempamerkan kiraan detik untuk iklan tamat atau boleh melangkau, di bahagian bawah sebelah kanan skrin TV.

https://army.wiser.my/wp-content/uploads/2023/12/cKLAeX6XbKJ2BvWgBW2X5o3H9Lrq8I8cjf1z.mp4

Jika sebelum ini, pilihan untuk melangkau dan terus menonton boleh dilakukan selepas 5-10 saat. Kini, ia boleh mencecah hampir seminit sebelum pengguna boleh melangkau iklan.

Selain pengurangan iklan, Google mengumumkan YouTube Shorts di TV juga akan mula memaparkan iklan.

Sumber: Google

Gambar utama: Mashable SEA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY