Spesifikasi Padu, Harga Murah, Ini Telefon ‘Midrange’ Yang Anda Patut Beli

Sedar tak sedar, kita sekarang ini kurang daripada sebulan sebelum memasuki tahun 2024. Sudah pasti ramai di kalangan pembaca yang ingin mencari telefon pintar baharu, terutamanya spec yang berbaloi seperti skrin AMOLED, bateri besar, pengecas yang laju, cip yang hebat dan sebagainya.

Selain itu, peranti dengan spesifikasi yang berkuasa menjadi keperluan untuk mengendalikan tugas-tugas harian kita seperti menangkap gambar, merakam video, bermain mobile games, dan lain-lain.



Tambahan lagi, anda sebenarnya boleh membeli dan mendapatkan telefon pintar dengan spesifikasi yang padu seperti itu tetapi pada harga yang murah, mampu milik dan berbaloi.

Menariknya lagi, anda tidak perlu memiliki bajet yang tinggi untuk mendapatkan sesebuah telefon pintar yang menawarkan ciri-ciri tersebut.



Ini kerana, Infinix ada model terbaru, iaitu Infinix ZERO 30 5G. Ia merupakan sebuah telefon yang mempunyai spesifikasi yang padu tapi pada harga mampu milik.

Boleh Tapau Semua Mobile Games


Infinix ZERO 30 5G ini dikuasakan cip Dimensity 8020, memori RAM LPDDR4X (12GB + 9GB) dan storan UFS 3.1 berkapasiti 256GB. Dengan spesifikasi tersebut, peranti Infinix ini menjadi antara telefon pintar yang paling berkuasa dalam kelasnya.



Oleh itu, ia mempunyai kuasa pemprosesan untuk mengendalikan sebarang mobile games yang dimainkan oleh anda seperti Mobile Legends: Bang Bang, COD Mobile, PUBG Mobile dan lain-lain.



Dengan tawaran harga yang kompetitif, Infinix ZERO 30 5G ini adalah antara pilihan peranti terbaik buat para mobile gamers di luar sana.



Mana tidaknya, Infinix ZERO 30 5G mempunyai kemampuan gaming yang cukup berkuasa tetapi pada masa yang sama dijual pada tanda harga yang cukup mampu milik.

Skrin Setara Dengan Peranti Flagship




Peranti Infinix ini dilengkapi skrin lengkung AMOLED 6.78 inci beresolusi FHD+ yang menyokong kadar segar semula 144Hz. Spesifikasi yang ditawarkan Infinix ini setanding skrin yang terdapat pada peranti-peranti flagship ketika ini.



Menariknya lagi, berbanding dengan peranti-peranti yang lain dalam kelasnya, Infinix ZERO 30 5G dilindungi dan menggunakan perlindungan Corning Gorilla Glass 5 pada skrin paparan dan panel belakangnya.



Jadi, peranti ini bukan sahaja dapat memaparkan video dengan kualiti yang baik, cantik dan jelas kepada anda tetapi juga mempunyai perlindungan yang baik.

Tambahan lagi, kalau diikutkan memang tidak banyak dan sukar untuk mencari telefon pintar yang menawarkan spesifikasi seperti peranti Infinix ini dalam kelas harganya.

Ambil Gambar Masih Cantik


Infinix ZERO 30 5G menawarkan sistem 3 kamera – 108MP + 13MP + 2MP dan 50MP untuk swafoto. Dan sejujurnya, peranti Infinix mempunyai prestasi kamera yang cukup menawan.



Berdasarkan hasil gambar yang diberikan, ia mempunyai kejelasan yang jitu, kontras yang seimbang dan yang paling penting, kualiti yang cukup cantik.



Namun, salah satu aspek utama yang membezakan peranti ini adalah kemampuannya dalam merakam video beresolusi 4K 60FPS melalui lensa kamera swafoto. Dan ia adalah satu-satunya peranti dengan ciri rakaman video tersebut dalam kelasnya.

Peranti ini sangat sesuai kepada anda untuk melakukan vlogging yang sinematik ketika melancong, mengembara, mahu pun berjalan-jalan di hujung minggu.

Dengan kualiti rakaman video kameras swafoto peranti ini, sudah pastinya lebih mudah untuk merakam babak-babak indah dan penting hari-hari anda.

Sebuah Peranti Yang Berbaloi Pada Harganya


Dengan kemampuan dan kelebihan yang ditawarkan Infinix dalam peranti kelas pertengahan terbaru mereka ini, Infinix ZERO 30 5G menjadi pilihan yang sesuai dan patut untuk dimiliki.



Hal ini demikian selain kelebihan-kelebihan di atas, ia juga memiliki rekaan yang cantik, moden, tidak lupa juga menyokong kapasiti bateri yang besar, 5,000mAh dan pengecasan pantas 68W.



Tambahan lagi, peranti ini juga mempunyai sistem penyejukan cecair, pembesar suara stereo, NFC dan juga penarafan kalis air dan debu IP53.

Jadi berapa pula harga Infinix ZERO 30 5G ini? Jangan risau kerana anda tidak perlu berbelanja lebih untuk mendapatkan telefon pintar dengan spesifikasi sepadu ini.

Infinix ZERO 30 5G ini dijual pada tanda harga RM1,299 sahaja dan anda boleh membeli melalui stor rasmi Infinix di Shopee dan Lazada.

*Artikel ini dibawakan oleh Infinix Malaysia