Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nitro Radeon RX 9060 XT OC 8GB_-Lifestyle

Acer Bawa Intel Arc Dan Radeon RX 9060 XT Ke Barisan Nitro

Diterbitkan Mei 22, 2025 oleh Amsyar Latif

Acer memperluaskan barisan kad grafik Nitro mereka dengan pelancaran beberapa model baharu yang menyasarkan pembina PC DIY, pemain tegar dan pencipta kandungan.

Antara yang diumumkan termasuk siri Nitro Intel Arc A dan B, serta dua varian Nitro Radeon RX 9060 XT OC yang menggunakan seni bina AMD RDNA 4.

Model Nitro terbaru dibina dengan penekanan pada prestasi tahan lama. Ia hadir dengan reka bentuk tidak mudah lentur, plat belakang aluminium serta dilengkapi sistem seperti Acer Intelligence Space untuk pengesanan perkakasan dan cadangan aplikasi AI yang serasi.

Terdapat juga ciri Game Assistance untuk bantu sasaran dalam permainan dan ProCam bagi rakaman automatik detik permainan penting.

Acer Bawa Intel Arc Dan Radeon RX 9060 XT Ke Barisan Nitro

Untuk model Intel, Nitro Arc B580 OC 12GB kini hadir dalam warna putih sebagai alternatif kepada versi hitam yang dilancar awal tahun ini.

GPU ini menyokong permainan 1440p dan paparan sehingga 8K dengan sokongan teknologi seperti ray tracing, XeSS dan DirectX 12 Ultimate.

Acer Bawa Intel Arc Dan Radeon RX 9060 XT Ke Barisan Nitro

Sistem penyejukan FrostBlade turut digunakan bagi memastikan aliran udara optimum dan bunyi rendah. Versi lebih kompak, Nitro Arc A380 LP 6GB, pula menyokong pemprosesan 8K HDR, mempercepatkan kerja 3D dan menawarkan keupayaan penyuntingan media berasaskan AI dengan sokongan penyejukan jenis blower-style.

Acer Bawa Intel Arc Dan Radeon RX 9060 XT Ke Barisan Nitro

Untuk model AMD, Nitro Radeon RX 9060 XT OC hadir dalam dua versi, iaitu 8GB dan 16GB dengan kelajuan boost clock sehingga 3,320 MHz dan game clock hingga 2,780 MHz.

GPU ini menggunakan teknologi AMD HYPR-RX dan FSR 4 untuk peningkatan kadar bingkai dan pengurangan latensi dalam permainan.

Ia juga menyokong kandungan 8K, penstriman berkualiti tinggi serta dilengkapi sistem penyejukan dwi-kipas yang senyap dan tahan suhu tinggi.

Dari segi harga, Nitro Intel Arc B580 OC 12GB dijual bermula EUR 329 (~RM1,587). Nitro Radeon RX 9060 XT OC 8GB dan 16GB pula akan berada di pasaran EMEA pada Jun 2025 dengan harga bermula EUR 599.99 (~RM2,894) dan EUR 649.99 (~RM3,135).

Berkaitan

  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • Intel Umum Arc Pro B50 & B60: Bukan GPU 'Gaming', Tapi 'Gamer' Pun Patut Ambil Tahu
  • AMD Perkenal GPU RDNA 4: Dua Model Baharu Untuk Dua Dunia Berbeza

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
©2026 WISER.MY