Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Acer Swift Air 14.

Acer Lancar Swift Air 14, Laptop Ringan Dan Nipis Mampu Milik Dengan Bateri 19 Jam

Diterbitkan Oktober 7, 2026 · Dikemas kini Oktober 7, 2026 oleh ariff bukhari

Acer merancakkan lagi pilihan komputer riba di Malaysia dengan melancarkan Swift Air 14, kategori komputer riba ringan dan nipis yang ditawar pada harga mampu milik.

Acer Swift Air 14 menjadi model terbaru dalam siri Acer Swift dengan menampilkan reka bentuk, nipis, ringan dan moden sambil menekankan gaya, privasi dan kemudahan penggunaan.

Acer Lancar Swift Air 14, Laptop Ringan Dan Nipis Mampu Milik Dengan Bateri 19 Jam

Menjadikannya lebih menarik, Acer Swift Air 14 yang dikuasakan oleh Intel Core 7 processor 350, dengan RAM LPDDR5 12GB terbina dan SSD  512GB, hanya seberat 1.19kg sahaja.

Sekali gus sesuai dijadikan sebagai peranti pendamping setia anda walau ke mana sahaja anda pergi.

Acer Swift Air 14
Bateri Acer Swift Air 14 bertahan sehingga 19 jam. Dengan sokongan pengecas pantas, bateri peranti ini mampu diisi sehingga 50% dalam hanya 30 minit sahaja.

Malah paparan WUXGA 14 inci menyediakan kadar segar semula lancar 120 Hz dan penghasilan semula warna  sRGB 100%.

Ia turut lengkap untuk sokongan pelbagai port termasuklah Thunderbolt 4, bicu audio 3.5mm dan port USB jenis A bagi memudahkan sambungan aksesori luar.

Acer Lancar Swift Air 14, Laptop Ringan Dan Nipis Mampu Milik Dengan Bateri 19 Jam

Kualiti audio juga tidak diabaikan dengan menyediakan audio spatial 3D yang sesuai sama ada digunakan untuk strim video,  mendengar muzik atau mesyuarat atas talian. 

Dari segi jaminan, Acer menawarkan waranti dua tahun, termasuk perlindungan SuperCare untuk tahun pertama.

Acer Swift Air 14_PR Banner
Menariknya, pemilik 1,000 unit pertama akan disertakan dengan hadiah percuma bernilai RM670, antaranya SuperCare 2, Tetikus Acer HyperScrolling, dan Botol Termo eksklusif.

Acer Swift Air 14 tersedia dalam 10 model spesifikasi berbeza dengan harga jualan mampu milik bermula RM2,999 sahaja, menjadikan Acer Swift Air 14  pilihan berbaloi bagi pelajar dan profesional muda.

Acer Lancar Swift Air 14, Laptop Ringan Dan Nipis Mampu Milik Dengan Bateri 19 Jam
Swift Air 14 hadir dalam empat warna menarik, Sage Green, Frost Blue, Blossom Pink dan Lilac.
Acer Lancar Swift Air 14, Laptop Ringan Dan Nipis Mampu Milik Dengan Bateri 19 Jam

Acer Swift Air 14 tersedia dengan segera melalui penjual rasmi Acer dan eKedai Acer.

Beli barisan produk terkini Acer dari stor rasmi:-

  • Shopee – https://invl.me/clo2oxs
  • Lazada – https://invl.me/clo2oy9

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Acer Lancar Googlebook 14, Laptop Skrin Sentuh, Nipis Dan Ringan Pada Harga Mampu Milik
  • Acer Beri Diskaun Sehingga RM1,300 Sempena Pembukaan Kedai Konsep Predator Pertama Di Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY