Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Acer Beri Diskaun Sehingga RM1,300 Sempena Pembukaan Kedai Konsep Predator Pertama Di Malaysia

Acer Beri Diskaun Sehingga RM1,300 Sempena Pembukaan Kedai Konsep Predator Pertama Di Malaysia

Diterbitkan Oktober 2, 2026 · Dikemas kini Oktober 2, 2026 oleh ariff bukhari

Acer Malaysia membuka kedai konsep Predator pertama di Malaysia.

Kedai konsep Predator ini menjadi pusat sehenti untuk para gamer dan pengguna yang  menginginkan pelbagai peranti berprestasi tinggi mengalami pelbagai produk dan teknologi permainan terkini berjenama Predator.

Sempena pelancaran itu, Acer memperkenalkan Predator Orion 7000, komputer meja berprestasi tinggi dengan panel sisi kaca yang mematuhi piawaian EMI dan reka bentuk premium untuk pengalaman gaming terbaik.

Perdator Orion 7000 menggabung cip pemproses Intel Core Ultra 9 285K  dengan grafik NVIDIA GeForce RTX 5080 serta dipadankan dengan RAM DDR5 32GB 6000XMP RGB (menyokong RAM sehingga 128GB) dan storan SSD 1TB (menyokong simpanan SSD sehingga 6TB).

Malah ia juga mempunyai ruang untuk cakera keras (HDD) 3.5 inci sehingga 4TB. 

Predator Orion 7000_FA
Model ini hadir dengan jaminan di lokasi selama tiga tahun dan dijual pada harga RM18,999.

Pelanggan yang membeli sebelum 31 Oktober 2026 akan menerima tetikus gaming Predator Cestus 335 bernilai RM335 secara percuma, sementara stok masih ada.

Dalam masa yang sama, Acer juga menawarkan potongan harga istimewa sehingga akhir Oktober untuk barisan produk berprestasi mereka.

Predator Store_Lowyat_Grand opening_1350x1080_1
Predator Store_Lowyat_Grand opening_1350x1080_2
Predator Store_Lowyat_Grand opening_1350x1080_3
Predator Store_Lowyat_Grand opening_1350x1080_4
Predator Store_Lowyat_Grand opening_1350x1080_5

Kedai konsep Predator yang terletak di Plaza Low Yat ini dibuka dari jam 9 pagi hingga 6 petang.

Beli barisan produk Predator dari stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.me/clo1p11
  • Lazada – https://invl.me/clo1p1e

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Kelajuan Muat Turun 5G U Mobile Diiktiraf Ke-8 Terpantas Di Dunia
  • Pelayar Opera Lancar eSIM Dengan Data Percuma Untuk Melancong Ke Luar Negara

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY