Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Acer-Googlebook-14-Lifestyle-02 1

Acer Lancar Googlebook 14, Laptop Skrin Sentuh, Nipis Dan Ringan Pada Harga Mampu Milik

Diterbitkan September 22, 2026 oleh ariff bukhari

Selepas diperkenalkan pada Mei lalu, Google secara rasminya mengumumkan pelancaran komputer riba kategori premium baharu dikenali sebagai Googlebook, dibina berasaskan Android dan ChromeOS serta dipacu oleh Gemini Intelligence.

Antara rakan jenama terawal yang turut mengumumkan kehadiran Googlebook di bawah jenama mereka adalah, Acer dengan melancarkan Acer Googlebook 14 yang menjalankan sistem operasi Googlebook OS.

Direka dengan berat  seringan 1.14 kg dan ketebalan 13.9 mm, peranti ini menggunakan kerangka aloi aluminium-magnesium yang tahan lasak.

Ia dikuasakan oleh Intel Core Ultra 7 processor 355 yang dilengkapi NPU sehingga 50 TOPS, memori RAM LPDDR5X sehingga 32 GB, serta storan SSD PCIe Gen4 sehingga 512 GB.

Acer-Googlebook-14-Lifestyle-01 1
Acer Googlebook 14 turut dilengkapi sambungan 1x Thunderbolt 4, 2x USB Type-C 3.2 Gen 2 (10 Gbps, DisplayPort dengan Power Delivery) dan bicu fon kepala/audio 3.5 mm.

Komputer ini turut dilengkapi paparan sentuh 14 inci 3K OLED 16:10 (turut menyokong stylus USI 2.0) dengan kecerahan 500 nits serta bateri menyokong pengecasan pantas yang mampu bertahan sehingga 16 jam.

Antara ciri pintar utama yang ditawarkan termasuk Continue On dan Cast My Apps, yang membolehkan pengguna menyambung tugasan serta mengakses aplikasi telefon Android secara terus pada peranti.

Selain itu, peranti ini turut menyokong Wi-Fi 7, Bluetooth 6.0, kualiti audio DTS, pembaca cap jari biometrik, serta cip keselamatan Google Titan-C.

Acer Googlebook 14 akan mula dipasarkan di AS pada Oktober 2026 dengan harga bermula USD 899 (kira-kira RM3,668).

Berkaitan

  • Google Perkenal Laptop Hibrid Gabungkan Kelebihan Android Dan ChromeOS Dipacu AI Gemini
  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Google Kata Gemini Telah Godam Dan Teka Kata Laluan Beberapa Sistem

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY