Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Swift Edge 14 AI.

Acer Lancar Siri Swift AI Dan Aspire S Baharu, Harga Dari RM5,499

Diterbitkan April 7, 2026 oleh ariff bukhari

Acer Malaysia memperkenalkan barisan baharu komputer riba siri Swift AI dan komputer desktop serba guna Aspire S.

Model utama termasuk Swift Edge 14 AI dan Swift Go 16 AI, kedua-duanya dikuasakan cip Intel Core Ultra terkini dengan sokongan memori sehingga 32GB dan storan 1TB.

Swift Edge 14 AI menonjol dengan paparan OLED 3K yang cerah serta ultra ringan dengan berat di bawah 1kg, hasil daripada penggunaan rangka magnesium-aluminium premium.

Acer Swift Edge 14 AI_18
Swift Edge 14 AI.

Swift Go 16 AI pula menawarkan keseimbangan antara prestasi dan mobiliti.

Dengan cip Intel Core X7 358H dan grafik Intel Arc terbina , ia menyokong tugasan kreatif dan permainan dengan paparan kadar segar semula 120Hz.

Walaupun berkuasa, ia kekal nipis (10.4mm) dan ringan (1.36kg), sesuai untuk mobiliti.

Acer Swift Go 16 AI_17
Acer Swift Go 16 AI.

Selain itu, Acer turut melancarkan komputer meja Aspire S semua dalam satu (AIO) baharu dalam saiz 27 inci dan 23.8 inci dengan paparan sesentuh Full HD, kadar segar semula 144Hz.

Pra tempahan sudah pun dibuka, komputer riba Swift Edge 14 AI ditawar pada harga bermula RM5,899, manakala Swift Go 16 AI pula berharga RM6,999.

Sementara komputer meja Aspire S AIO pula berharga dari RM4,399.

Swift Edge 14 AI
Swift Go16 AI
Aspire S27 S24

Sempena pelancaran, Acer menawarkan promosi termasuk potongan harga RM1,000, aksesori percuma seperti tetikus tanpa wayar atau fon kepala Nitro, serta kredit eWallet TnG bernilai sehingga RM250.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Siri Nothing Phone (4a) Tiba Di Malaysia Dalam Satu Varian, Harga Bermula RM1,999
  • realme 16 Pro & realme 16 Pro+ Mula Dijual Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM1,599

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY