Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
20260309 Acerpure CHEF KV1 Smart Steam Oven_Product Photos_1

Acer Lancar Ketuhar Wap Pintar Berharga RM599 Untuk Masa Terhad

Diterbitkan Mac 9, 2026 oleh ariff bukhari

Acer Malaysia hari ini memperkenalkan Acerpure CHEF KV1, ketuhar wap pintar bersaiz 10L yang direka untuk dapur moden.

Produk ini menyelesaikan isu makanan kering ketika dimasak atau dipanaskan semula dengan teknologi suntikan wap 5cc dan pemanasan kuarza berganda.

Hasilnya, makanan kekal lembap di dalam tetapi rangup di luar, sesuai untuk roti, pastri, ayam panggang atau croissant sarapan.

Dengan kawalan suhu elektronik , haba diagihkan sekata, mengurangkan risiko makanan hangus atau tidak masak.

KV1 Door Close Front high
Panel sentuh LED memudahkan pengguna menetapkan masa dan suhu antara 100℃ hingga 230℃.
KV1 5cc steam function

Acerpure CHEF KV1 menawarkan sembilan mod memasak pintar termasuk Caramelize untuk menghasilkan permukaan keemasan pada gratin atau pencuci mulut.

Dibina dengan keluli tahan karat 304, ia lebih tahan karat dan mudah dibersihkan.

Acerpure CHEF KV1 dijual pada harga RM799, tetapi sempena pelancarannya, ia di hanya berharag RM599 sehingga 22 Mac 2026.

Malah pembeli awal turut terima kredit TnG eWallet RM50 dan kipas lipat Acerpure COZY HF1 bernilai RM199 secara percuma.

20260309 Acerpure CHEF KV1 Smart Steam Oven_KV

Beli barisan produk siri Acerpure dari stor rasmi:

  • Shopee – https://invl.me/clnaa6d
  • Lazada – https://invl.me/clnaa6b

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • JPJ Lancar Aplikasi Lelong Kenderaan Sita
  • PinjamGajet Tawar Servis Laptop Terpakai, Boleh Disewa Serendah RM10 Sebulan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY